KUALA LUMPUR: Kumpulan teknologi hartanah global Asia, Juwai IQI mengunjurkan harga rumah kediaman di Malaysia tumbuh sebanyak lima peratus pada 2023.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kashif Ansari berkata Juwai IQI menjangkakan indeks harga rumah Malaysia meningkat sebanyak tiga hingga tujuh peratus pada 2023.
"Sasaran pertumbuhan lima peratus itu adalah asas rujukan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Kashif berkata Indeks Harga Rumah Malaysia meningkat 2.8 peratus pada 2022 yang mana harga rumah teres, rumah bertingkat tinggi dan rumah berkembar dua masing-masing naik sebanyak 3.7 peratus, 3.4 peratus dan 2.9 peratus.
Bagaimanapun, harga rumah berasingan merekodkan penurunan sebanyak 2.9 peratus, katanya.
Walaupun indeks harga rumah di Kuala Lumpur turun sedikit sebanyak 0.2 peratus, Selangor, Johor dan Pulau Pinang meningkat masing-masing sebanyak 3.4 peratus, 2.2 peratus dan 3.2 peratus.
"Kami menjangkakan permintaan terhadap rumah mampu milik kekal kukuh, yang berupaya memacu aktiviti urus niaga dalam julat harga di bawah RM300,000 sehingga suku pertama 2024," katanya.
Mengulas mengenai prestasi tahun lepas, Kashif berkata pembeli menyelesaikan 243,190 urus niaga bernilai RM94.28 bilion, meningkat sebanyak 22.3 peratus dari segi kuantiti dan 22.6 peratus dalam nilai tahun ke tahun.
Menurutnya, pasaran terus memberi penekanan kepada kediaman jenis kondominium dan rumah teres dengan unit kondominium/pangsapuri mendominasi pelancaran baharu, menguasai 45.0 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti rumah teres pada 42.2 peratus.
"Kami percaya pengurangan kediaman yang tidak terjual dan peningkatan pelancaran projek baharu dan urus niaga pada 2022 menunjukkan sentimen dan keadaan semakin bertambah baik," katanya.
Beliau berkata, meskipun pasaran hartanah kediaman menunjukkan petanda pertumbuhan, terutamanya dalam segmen hartanah kediaman dan komersial, namun pembeli masih berhati-hati dan faktor luaran seperti pandemik yang berlarutan, prestasi ekonomi dan dasar kerajaan boleh mempengaruhi pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Kashif berkata Indeks Harga Rumah Malaysia meningkat 2.8 peratus pada 2022. - Gambar hiasan/Astro AWANI
ASNB lancar platform Ria, raih 6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Harga rumah di Malaysia diunjur naik lima peratus tahun ini - Juwai IQI
Kumpulan teknologi hartanah global Asia, Juwai IQI mengunjurkan harga rumah kediaman di Malaysia tumbuh sebanyak lima peratus pada 2023.