awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2024
06:51 MYT
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang terhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu. - Foto Polis Perak.
TANJUNG MALIM: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang terhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima panggilan terakhir di Slim River pada 9.35 pagi.
Menurutnya, sebelum itu pesawat yang dinaiki dua individu itu, telah berlepas pada 7.54 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.


"Tindakan susulan telah diambil oleh Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas setelah pesawat gagal melaporkan kedudukan selanjutnya di Bidor.
"Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di KLATCC diaktifkan pada pukul 10.15 pagi setelah menerima maklumat berkenaan nahas tersebut bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat dan kedua-dua individu berkenaan telah diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan.
Susulan kejadian itu, beliau berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Tanjung Malim
#pihak berkuasa penerbangan awam malaysia
#CAAM
#pesawat cessna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan