awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hargai penjawat awam, jangan nanti buku RMK-12 jadi pembalut vadai, nasi lemak, pau' - Kasthuri Patto

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
10:21 MYT
'Hargai penjawat awam, jangan nanti buku RMK-12 jadi pembalut vadai, nasi lemak, pau' - Kasthuri Patto
Kasthuriraani Patto berkata, kerajaan perlu mengambil serius melaksanakan semua perkara yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan supaya mengambil serius dalam melaksanakan semua perkara yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) seperti yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.
Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) berkata, ia bagi memastikan segala usaha penjawat awam menyiapkan buku setebal lebih 500 muka surat itu tidak sia-sia.
"Sekiranya kerajaan tidak serius untuk melaksanakan apa yang tertera dalam (dokumen) RMK-12 ini, maka semua muka surat boleh digunakan untuk membalut vadai, nasi lemak atau pau.
"Jadi, jangan sia-siakan usaha penjawat awam yang bersusah-payah, bertungkus-lumus menerbitkan buku RMK-12 yang tebal ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Kasthuriraani berkata, kerajaan juga diingatkan agar mengambil maklum semua intipati perbahasan yang disuarakan pihak pembangkang bagi menambah baik pentadbiran kerajaan.
"Maka, saya dengan penuh pengharapan mahukan perbahasan ini bukan sekadar untuk pihak kerajaan agensi sekadar mendengar dan mengambil nota tanpa iltizam politik untuk membawa perubahan yang benar-benar bermakna kepada sistem demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang negara," katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Kasturi Patoo
#RMKe-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan