awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”

Gempak
Gempak
01/01/2026
23:30 MYT
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week. - Gambar Gempak
SIRI premium, Bad Cop menampilkan jalan cerita yang menarik dan membuatkan penonton tidak sabar untuk menonton setiap episod.
Menurut Penerbit Eksekutif Bad Cop merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Bad Cop mempunyai jalan cerita yang besar dan konsep yang digunakan juga jarang diterokai dalam industri televisyen Malaysia.
“Di Astro Shaw, macam yang diberitahu sebelum ini, kita sentiasa berusaha memperkenalkan genre baharu serta menolak batas kebiasaan bagi mengangkat mutu penceritaan.
“Walaupun kita memiliki kepakaran dan kemahiran tersendiri, masih terdapat aspek yang perlu diperbaiki dan dipelajari agar kandungan tempatan terus relevan dan kompetitif.
“Ia mempunyai jalan cerita utama yang besar, namun setiap episod turut membawa kes baharu yang memberi nilai tambah kepada penceritaan keseluruhan.
“Konsep seperti ini jarang diterokai dalam industri televisyen Malaysia, menjadikan Bad Cop sebagai platform pembelajaran yang sangat bermakna,” kongsinya.
Dalam pada itu, Jastina turut meluahkan rasa syukur atas kerjasama dengan Freemantle Media dari segi perkongsian matlumat, perbincangan dan kajian terperinci untuk drama siri tersebut.
“Melalui format ini, pasukan produksi dapat mempelajari cara menyesuaikan diri dengan standard penceritaan antarabangsa. Proses adaptasi ini bukan sekadar mencipta karya, tetapi turut memberi peluang untuk memahami teknik, struktur dan gaya penceritaan global yang boleh diaplikasikan pada projek masa hadapan.
“Kerjasama ini bukan hanya berdasarkan katalog atau teori semata-mata, sebaliknya disokong dengan perkongsian maklumat, perbincangan mendalam serta kajian terperinci yang dijalankan.
“Hasil penyelidikan inilah yang akhirnya membawa Bad Cop ke Malaysia, seterusnya membuka laluan kepada evolusi karya tempatan yang lebih segar, matang dan kompetitif di pentas antarabangsa,” katanya.
Astro Originals mempersembahkan siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.
Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.
Bad Cop mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran. - Gempak
Topic Berkaitan
#Bad Cop
#kandungan tempatan
#isu sosial
#siri premium terbaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan