awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HKN'23 catat prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta

Bernama
Bernama
26/07/2023
21:30 MYT
HKN'23 catat prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta
Ewon berkata keseluruhan jumlah jualan tunai dicatatkan adalah sebanyak RM1.47 juta dengan jumlah pengunjung direkodkan seramai 10,069 orang. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Koperasi Negara 2023 (HKN'23) yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu telah berjaya mencatatkan prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta melalui 44 sesi padanan perniagaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata keseluruhan jumlah jualan tunai dicatatkan adalah sebanyak RM1.47 juta dengan jumlah pengunjung direkodkan seramai 10,069 orang, selain itu sebanyak 219 reruai oleh agensi kerajaan, swasta, usahawan dan koperasi menyertai karnival jualan dan gerai pameran tersebut.
"Pelbagai aktiviti berkaitan keusahawanan diadakan antaranya 'Pocket Talk' (sesi perkongsian maklumat), khidmat nasihat perniagaan, bicara niaga inklusif dan kuiz keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sepanjang penganjuran tiga hari HKN'23 itu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata masyarakat setempat mendapat limpahan ekonomi daripada kehadiran anggota koperasi seluruh negara seperti industri perhotelan, pelancongan dan pengangkutan.
"Selain daripada itu, gerakan koperasi seluruh negara berjaya meningkatkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak menceburi pelbagai aktiviti perniagaan dan meningkatkan pendapatan koperasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HKN'23
#Kuskop
#pendapatan koperasi
#aktiviti perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan