awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HLIB positif prospek masa hadapan Dayang

Dagang News
Dagang News
15/06/2022
04:25 MYT
HLIB positif prospek masa hadapan Dayang
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap prospek masa hadapan Dayang Enterprise Holdings Berhad disokong oleh permintaan yang konsisten. - Gambar fail DagangNews.com
KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap prospek masa hadapan Dayang Enterprise Holdings Berhad disokong oleh permintaan yang konsisten terhadap kapal yang menyokong operasi pengeluaran bagi tiga tahun akan datang.
Firma itu berkata, terdapat peningkatan kadar sewa kapal sokongan luar pesisir (OSV) kesan daripada jumlah OSV di pasaran mula menurun sejak beberapa tahun lalu selain kadar penggunaan campuran yang lebih tinggi untuk OSV Perdana pada 2QFY22 melebihi 70%.
Katanya, kumpulan itu juga memiliki potensi besar meraih projek yang lebih baik serta prospek pelaksanaan untuk FY22-23 berpandukan kepada Tinjauan Aktiviti Petronas 2022.
"Permintaan terhadap OSV dijangka bertambah baik untuk 2022 dengan sokongan 336 kapal sokongan (pengeluaran: 138 dan penggerudian:198) akan disewa sepanjang tahun ini berbanding 289 kapal (pengeluaran: 151 dan penggerudian:138) pada 2021.
"Petronas juga memberi bayangan bahawa permintaan untuk kapal akan terus konsisten," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, tempoh bekerja untuk pelaksanaan kerja-kerja penyambung dan pentauliahan (HUC) serta penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM) yang lebih tinggi juga dijangka untuk 2022 (HUC: 6.3, MCM: 11.5) berbanding 2021 (HUC: 4.7, MCM: 8.5).
Firma itu berkata, Petronas juga telah meningkatkan modal berbayar mereka untuk 2022 sebanyak RM60 bilion berbanding RM40-45 bilion pada tahun-tahun sebelum ini.
"Kami melihat Dayang sebagai peneraju untuk aktiviti MCM/i-HUC activities dan berkeyakinan mereka akan menerima manfaat besar untuk pembangunan itu.
"Tiada sebarang perubahan unjuran pendapatan dibuat dan pada masa sama kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.19," katanya.
Sumber DagangNews.com
Topic Berkaitan
#unjuran pendapatan
#pembangunan
#operasi pengeluaran
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan