KUALA LUMPUR: Honda Malaysia memanggil balik model City Hybrid 2021 dan Civic 2022 sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga.
Dalam kenyataan hari ini, katanya sebanyak 630 unit City Hybrid 2021 sedang dipanggil balik untuk menggantikan kamera Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) yang dipasang pada cermin depan berikutan kamera tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan ADAS tidak diaktifkan semasa memandu.
"Sementara itu, 72 unit Civic 2022 turut terlibat (untuk dipanggil balik) sebagai langkah membaiki titik kimpalan pada pelaras gelongsor di tempat duduk pemandu.
"Ini mungkin menyebabkan kerusi pemandu tidak berada dalam kedudukan tetap semasa memandu dan boleh memberi kesan kepada perlindungan tali pinggang kaledar pemandu," kata Honda Malaysia.
Menurut syarikat itu, pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bagi bahagian yang terjejas adalah percuma, manakala semua kos berkaitan aktiviti memanggil balik ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Honda Malaysia berkata, setakat ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan masalah ini.
"Honda Malaysia meminta pelanggan untuk memuat turun dan mengemas kini butiran mereka melalui aplikasi mudah alih HondaTouch untuk pengesahan lanjut dan akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan, atau mereka juga boleh menghubungi mana-mana pengedar sah Honda.
"Kami memohon maaf berikutan kesulitan yang dialami pelanggan terbabit dan memberi jaminan bahawa model dalam pengeluaran dan penjualan semasa lain adalah tidak terjejas," katanya.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka berhubung langkah memanggil balik ini dengan menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia 1-800-88-2020 atau melayari productrecall.honda.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Honda Malaysia berkata, setakat ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan masalah ini.- Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Honda Malaysia panggil balik tambahan 77,708 kenderaan
Langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan kesukaran bagi menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti.
Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kenderaan
Syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.
Perhatian pemilik Honda Odyssey dan Accord
Penarikan semula itu membabitkan model tahun 2014 hingga 2017 bagi Odyssey dan model 2013 hingga 2016 bagi Accord kerana menghadapi masalah kegagalan pengesanan bateri.
Honda Malaysia sahkan insiden beg udara Takata pecah dalam kemalangan maut
Kemalangan tersebut telah mengakibatkan pemandu maut selepas beg udara diaktifkan ketika kejadian tersebut, menurut Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Harga kenderaan Honda naik hingga 3 peratus mulai tahun depan
Honda Malaysia mengesahkan peningkatan harga kenderaannya di antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.