awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda tingkatkan pengembung beg udara depan kepada 55% hujung November

Bernama
Bernama
25/11/2016
09:04 MYT
Honda tingkatkan pengembung beg udara depan kepada 55% hujung November
Honda meminta pelanggan yang terjejas untuk membuat temu janji di hab pusat perkhidmatan atau pengedar Honda yang bertauliah bagi menggantikan peralatan terkait. - Gambar fail
Honda Malaysia akan meningkatkan ketersediaan stok pengembung beg udara penumpang hadapan Takata kepada 55 peratus menjelang akhir November, sebulan lebih awal daripada tempoh yang diumumkan sebelum ini.
Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata stok sedia ada akan ditingkatkan secara beransur-ansur kepada 70 peratus menjelang akhir Disember 2016.
"Sehingga 23 Nov 2016, Honda Malaysia sudah menggantikan lebih daripada 62,300 daripada 125,000 pengembung beg udara penumpang hadapan Takata yang terjejas," katanya.
Syarikat itu meminta pelanggan yang terjejas untuk membuat temu janji di hab pusat perkhidmatan atau pengedar Honda yang bertauliah bagi menggantikan peralatan terkait.
Honda Malaysia juga meyakinkan bahawa ketersediaan stok pengembung beg udara tersebut berada pada tahap 100 peratus dan semua hab pusat perkhidmatan serta pengedar bertauliah Honda memiliki stok yang mencukupi untuk kerja-kerja penggantian.
"Bagi terus menyediakan lebih banyak lokasi dan kemudahan untuk pelanggan-pelanggan membuat penggantian, Honda Malaysia telah menambah dan memanjangkan tempoh 11 hab mudah alihnya yang sekarang ini berada di pusat membeli-belah kepada 18 buah, sehingga 25 Disember tahun ini," katanya.
Pelanggan Honda boleh menyemak status panggil semula kenderaan mereka termasuk lokasi terkini hab mudah alih syarikat kereta itu di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air bag
#Honda
#honda malaysia
#kenderaan
#pengembung beg udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan