awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank tetapkan SBR pada 2.75 peratus

Bernama
Bernama
11/07/2025
08:14 MYT
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank tetapkan SBR pada 2.75 peratus
BNM sebelum ini mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 14 Julai 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menetapkan Kadar Asas Standard (SBR) kepada 2.75 peratus berikutan penurunan terkini Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 14 Julai 2025.

Ringkasan AI
  • Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menyemak semula Kadar Asas Standard (SBR) kepada 2.75 peratus berikutan penurunan OPR oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas, berkuat kuasa 14 Julai 2025.
  • Kadar asas dan kadar asas Islam diturunkan kepada 3.63 peratus, manakala kadar pinjaman dan pembiayaan disemak kepada 6.64 peratus, mencerminkan penyesuaian terhadap dasar monetari semasa.
  • CEO Kumpulan Kevin Lam menyatakan semakan kadar ini sebagai langkah strategik untuk menyokong daya tahan ekonomi dan pertumbuhan mampan dalam persekitaran ekonomi yang dinamik.

Menurut bank itu, kadar asas dan kadar asas Islam akan disemak semula kepada 3.63 peratus daripada 3.88 peratus.
"Begitu juga, pinjaman dan pembiayaan berdasarkan kadar asas pinjaman dan kadar pembiayaan Islam akan disemak semula kepada 6.64 peratus daripada 6.89 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kevin Lam berkata penyelarasan OPR menekankan sifat dinamik dasar monetari dan impaknya terhadap daya tahan ekonomi Malaysia.
"Dalam landskap ekonomi yang terus berubah hari ini, penyelarasan dasar monetari adalah penting untuk mengekalkan kestabilan dan memacu pertumbuhan yang mampan.
"Di Hong Leong Bank, kami melihat semakan semula kadar ini sebagai penjajaran strategik untuk memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi dan mengukuhkan hala tuju pertumbuhan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPR
#Hong Leong Bank
#Hong Leong Islamic Bank
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan