KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mendapat sambutan luar biasa daripada pengamal sumber manusia dan pengunjung kerana menekankan topik yang relevan dengan landskap tenaga kerja semasa.
Ketua Pegawai Strategi dan Program HRD Corp, Rony Ambrose Gobilee berkata program bertemakan evolusi dalam pembangunan sumber manusia yang berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 November itu bertepatan sebagai platform untuk mengukuhkan modal insan Malaysia selain mempercepatkan pertumbuhan serta produktiviti negara.
“Secara keseluruhannya, memang sambutan pada kali ini sangat menggalakkan. Ini mungkin kerana dua tahun kebelakangan ini kita tidak mempunyai sebarang aktiviti secara besar-besaran.
“Selain itu, kelainan yang ditampilkan pada kali ini adalah topik-topik yang lebih memfokus kepada permasalahan sebenar yang berlaku, iaitu bagaimana untuk menghadapi situasi selepas pandemik. Ini secara tidak langsung telah berjaya menarik perhatian peserta kerana ia relevan dengan isu dan keperluan pekerjaan semasa.
“Penganjuran pada kali ini, kita berjaya mencapai sasaran yang disasarkan iaitu 2,000 peserta untuk sesi persidangan iaitu lebih daripada 2,500 peserta telah berdaftar di bawah program NHCCE 2022.
“Manakala dari segi pengunjung pula selama tempoh dua hari ini dapat dilihat ada peningkatan bagi mereka yang hadir ke pameran khususnya untuk mendapatkan maklumat,” katanya kepada Astro AWANI.
NHCCE 2022 melabuhkan tirai selepas dua hari berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Rabu.
Pada masa sama, Rony berkata para pengamal sumber manusia tidak harus membiarkan situasi semasa menghalang mereka untuk terus memperkayakan lagi kemahiran.
Jelasnya, ini kerana kemahiran adalah yang akan menentukan kelangsungan hidup seseorang individu itu.
“Ini tidak kira sama ada individu yang belum bekerja, sedang mencari pekerjaan dan sebagainya. Ini kerana pandemik adalah satu situasi semasa, bagaimanapun kemahiran adalah sesuatu yang menentukan kelangsungan hidup.
“Jadi saya amat berharap walau apa pun situasi, kita jangan hentikan proses pembelajaran ini. Mungkin tersekat buat sementara waktu namun kita akan mampu bangkit kembali,” katanya.
Sementara itu, salah seorang peserta yang ditemui berharap program seumpama ini dapat diteruskan kerana ia mampu memberikan banyak impak positif.
Bagi Pengarah Urusan Klinik Penawar (Negeri Sembilan) Sdn Bhd, Zaid Al Helmi, Mohd Yunus 39, berkata program sebegini tidak hanya tertuju kepada para pengamal sumber manusia namun termasuk dirinya sebagai seorang usahawan merangkap para majikan.
Katanya, inisiatif ini secara tidak langsung memberi banyak informasi kepada dirinya untuk lebih memahami peranannya serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkaitan pekerjanya secara efektif.
“Saya hadir bukan sebagai seorang pengamal sumber manusia namun saya sebagai seorang usahawan yang hadir bersama pengamal sumber manusia, pengurus operasi, dan pengurus di bawah kelolaan saya.
“Sesi ini sangat menyeronokkan sehingga membuatkan saya ingin hadir ke acara sebegini pada setiap tahun. Apatah lagi, pada masa kini dengan kepelbagaian merentasi lima generasi memenuhi sektor pekerjaan.
“Sebagai seorang usahawan, situasi ini tentunya penting kerana akan membantu bagaimana saya ingin menghadapi generasi berbeza ini,” katanya.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Wed Nov 30 2022
Penganjuran pada kali ini, telah berjaya mencapai sasaran yang disasarkan iaitu 2,000 peserta untuk sesi persidangan iaitu lebih daripada 2,500 peserta telah berdaftar di bawah program NHCCE 2022.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
HRD Corp : NHCEE 2022 dapat sambutan, relevan keperluan pekerjaan semasa
Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mendapat sambutan luar biasa.
HRD Corp lancar NHCCE 2022, jalin kerjasama dengan LinkedIn
HRD Corp meneruskan misi memperkasakan pengamal sumber manusia dalam bidang teknologi di tempat kerja melalui Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022.
NHCCE 2022: Saji pengisian menarik buat pengamal sumber manusia, pengunjung
Ia akan membincangkan evolusi dalam pembangunan sumber manusia serta hala tuju negara dalam pembangunan teknologi di tempat kerja.