KUALA LUMPUR: Hungary yang bakal mengambil alih penggiliran sebagai presiden Kesatuan Eropah (EU), berminat untuk menghidupkan semula rundingan berkaitan perjanjian perdagangan bebas (FTA) blok berkenaan dengan Malaysia.
Kedutaan Hungary di Malaysia menerusi catatan di laman facebook hari ini, berkata hasrat itu telah disampaikan oleh Menteri Luar dan Perdagangan Hungary Peter Szijjarto yang dalam rangka lawatan ke Malaysia, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia Belvinder Sron, menerusi satu pertemuan di sini.
"Menteri berkenaan turut menyatakan bahawa Hungary dalam menggalas kapasiti sebagai presiden EU pada separuh kedua 2024, akan memulakan semula rundingan perdagangan bebas EU-Malaysia yang telah tertangguh sebelum ini," katanya.
Kedutaan itu berkata Szijjarto, yang dalam misi lawatan kerja sehari ke Malaysia pada Rabu, 20 Mac, 2024, turut menekankan kepentingan bagi meningkatkan lagi hubungan ekonomi di peringkat luar EU.
Malah, beliau juga berkata bahawa Putrajaya dan Budapest akan menyambung semula mesyuarat pertama jawatankuasa bersama Hungary-Malaysia.
Malaysia merupakan destinasi persinggahan terakhir Szijjarto di Asia Tenggara selepas mengunjungi Thailand dan Singapura.
Sewaktu berada di negara ini, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan selain Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi ke Jerman baru-baru ini, telah menyatakan bahawa kini tiba masanya bagi Malaysia dan EU untuk menghidupkan semula rundingan mengenai FTA berkenaan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.
Pada tahun lepas, hubungan dua hala antara Malaysia dan Hungary bernilai RM3.08 bilion dengan eksport berjumlah RM2.38 bilion manakala import bernilai RM0.70 bilion.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), rundingan FTA Malaysia-EU (MEUFTA) yang ditangguhkan pada 2012, secara rasminya telah dimulakan pada 5 Okt, 2010, dengan lapan pusingan rundingan diadakan bagi tempoh Disember 2010 hingga September 2012.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Hungary dalam menggalas kapasiti sebagai presiden EU pada separuh kedua 2024, akan memulakan semula rundingan perdagangan bebas EU-Malaysia yang telah tertangguh.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.