awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2024
10:10 MYT
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Borrell menggesa tekanan global ke atas Israel untuk menandatangani gencatan senjata dengan Hezbollah bagi menghentikan pertumpahan darah di Lubnan. -Gambar fail/FB Council of the European Union
BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell menggesa tekanan global ke atas Israel untuk menandatangani gencatan senjata dengan Hezbollah hari ini bagi menghentikan pertumpahan darah di Lubnan.

Ringkasan AI
  • Josep Borrell menggesa tekanan global ke atas Israel untuk menandatangani gencatan senjata dengan Hezbollah bagi menghentikan pertumpahan darah di Lubnan.
  • Beliau menegaskan tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian yang memberi jaminan keselamatan yang diperlukan.
  • Borrell juga menekankan bahawa negara EU perlu menghormati waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel, sama ada mereka suka atau tidak.

Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
"Setiap malam, Beirut dibom dengan teruk. Mari kita tekan Israel untuk meluluskan cadangan ini hari ini ... Mari kita mula memikirkan tentang keamanan," kata Borrell dalam satu sidang media.
Mengulas mengenai waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant, Borrell menegaskan bahawa negara EU perlu menghormati keputusan itu sama ada mereka suka atau tidak.
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipilih sesuka hati.
"Anda tidak boleh bersorak apabila mahkamah bertindak terhadap Putin dan berdiam diri apabila mahkamah bertindak terhadap Netanyahu.
"Saya minta ahli-ahli Kesatuan Eropah untuk memenuhi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa.
"Jika orang Eropah tidak menyokong ICC, maka tidak akan ada harapan lagi untuk keadilan," tegas Borrell.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#Josep Borrell
#EU
#gencatan senjata
#Benjamin Netanyahu
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan