IBTM World 2025: MyCEB teguh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama acara perniagaan

Pavilion Malaysia menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa, dengan gabungan delegasi MyCEB serta sembilan rakan pempamer yang memperkukuh kehadiran Malaysia sebagai destinasi Business Events utama Asia. - Foto MyCEB
KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan di pentas global apabila Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menandakan penyertaan kali ke-15 berturut-turut di IBTM World Barcelona, bersama sembilan rakan pempamer terkemuka.
Ringkasan AI
- Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan di pentas global apabila Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menandakan penyertaan kali ke-15 berturut-turut di IBTM World Barcelona, bersama sembilan rakan pempamer terkemuka.
- Kehadiran konsisten ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama Business Events di Asia, selari dengan pengaruh dan reputasi negara yang terus berkembang.
- IBTM World 2025 yang berlangsung dari 18 hingga 20 November di Fira Barcelona Gran Via menjadi platform penting untuk Malaysia mempamerkan keupayaan dalam inovasi, kelestarian dan kemajuan industri yang mana ianya merupakan tiga tonggak utama dalam memacu kecemerlangan sektor Acara Perniagaan atau Business Events negara.

Delegasi Malaysia mendengar taklimat strategik di Pavilion Malaysia semasa IBTM World Barcelona 2025, menampilkan kerjasama erat antara MyCEB dan rakan industri dalam memacu agenda Business Events negara. - Foto MyCEB
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing menekankan penyertaan Malaysia di IBTM World Barcelona bukan sekadar kehadiran tahunan, tetapi satu komitmen berterusan untuk mempamerkan keupayaan negara dalam inovasi, kelestarian dan daya saing global.
“Penyertaan konsisten kami di IBTM World Barcelona mengukuhkan komitmen Malaysia untuk terus memposisikan dirinya sebagai destinasi Business Events pilihan utama di Asia.
“Platform ini membolehkan kami mempamerkan inovasi dan amalan lestari yang sedang membentuk masa depan landskap global Business Events,” jelasnya.
Dengan lebih 13,000 pengunjung dan 2,900 pembeli dari seluruh dunia, IBTM World terus menjadi pintu masuk penting untuk MyCEB dan rakan industrinya menjalin rangkaian strategik serta membuka peluang baharu.
Malaysia Pavilion yang terletak di lokasi strategik direka khusus untuk memudahkan sesi libat urus satu-satu dengan pembeli bernilai tinggi sekaligus, meningkatkan keterlihatan dan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Penyertaan tahun ini turut menyokong kempen Visit Malaysia 2026 yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sekali gus, menonjolkan kesiapsiagaan Malaysia dalam menganjurkan konvensyen, pameran dan acara insentif bertaraf dunia.
Mengembangkan kejayaan kempen MyTripleE, MyCEB turut memperkenalkan MyTripleE 2.0, sebuah program yang memberi nilai tambah kepada penganjur Business Events di seluruh dunia.
Inisiatif ini menawarkan, subsidi acara untuk pelaksanaan yang lancar dan berimpak, sokongan pemasaran dan promosi strategik bagi meningkatkan visibiliti global dan pendekatan berasaskan kelestarian dan teknologi, memastikan setiap acara lebih cekap, inovatif dan mesra alam.
MyTripleE 2.0 juga menghubungkan penganjur kepada infrastruktur bertaraf dunia, kepelbagaian budaya serta destinasi unik Malaysia dan secara tidak langsung menyampaikan pengalaman bermakna kepada peserta antarabangsa dan menyokong kempen Visit Malaysia Year 2026.
Penyertaan Malaysia diperkukuh oleh sembilan pemain utama industri seperti;
- Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
- Business Events Sarawak
- Kuala Lumpur Convention Centre
- Le Méridien Kuala Lumpur
- Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)
- Mandarin Oriental Kuala Lumpur
- Marriott Bonvoy Portfolio Hotels, IOI Resort City – Putrajaya & Puchong
- Penang Convention & Exhibition Bureau
- Sabah Convention Bureau

Sesi pertemuan perniagaan di Pavilion Malaysia berjalan rancak, mempamerkan daya tarikan unik negara dan peluang kolaborasi global yang disokong melalui inisiatif MyTripleE 2.0. - Foto MyCEB
Melalui jalinan hubungan dengan pembeli perdagangan antarabangsa, MyCEB terus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai hab pilihan Asia untuk mesyuarat korporat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) sekaligus memperkasa kehadiran global negara dan menegaskan peranannya sebagai peneraju industri Business Events serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


