KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh IJM Corp Bhd, IJM Construction Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM1.10 bilion daripada Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd.

IJM Corp dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata kontrak itu berkaitan dengan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (Projek RTS Link).

IJM Construction memperoleh cadangan reka bentuk, pembinaan serta penyiapan Pakej 2A Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen (ICQC) termasuk kerja luar Pakej 2B ICQC untuk projek RTS Link.

"Kontrak tersebut juga mempunyai peruntukan sebanyak RM155.0 juta merangkumi cukai jualan dan perkhidmatan semasa.

"Projek RTS Link ini dijangka siap pada 30 Dis 2026," kata IJM Corp.

Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, projek RTS Link diunjurkan menyumbang kepada pendapatan masa depan kumpulan itu.

-- BERNAMA