awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKEA buka cawangan ketiga di Tebrau Johor

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2016
08:30 MYT
IKEA buka cawangan ketiga di Tebrau Johor
Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim (enam, kiri) bersama Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer (enam, kanan) meratakan simen sewaktu perasmian pecah tanah pembinaan gedung IKEA Tebrau, di sini hari ini. Foto Bernama
Syarikat kelengkapan rumah Sweden, IKEA memperluaskan lagi rangkaiannya di Malaysia dengan pembukaan cawangan ketiganya di Johor Bahru.
Gedung berkeluasan 46,713 meter persegi itu melibatkan kos pembinaan sebanyak RM592 juta ringgit.
Menurut Pengarah Urusan Ikea Asia Tenggara, Christian Rojkjaer, pihaknya mensasarkan pasaran 1.8 juta penduduk yang menetap dalam lingkungan 60 minit pemanduan dari lokasi cawangan tersebut di jalan Desa Tebrau.
“Siapa tidak mahukan kejayaan di JB, pembangunan yang bagus, pembangunan ekonomi, pembangunan masyarakat, usaha Iskandar dan infrastruktur,” kata Rojkjaer, sewaktu perasmian pecah tanah pembinaan gedung IKEA Tebrau, yang pertama di Selatan Malaysia, di Taman Desa Tebrau di sini hari ini.
Rojkjaer menambah, pembukaan cawangan itu juga dijangka menjana 300 pekerjaan tetap di Johor serta ribuan lagi di dalam perkhidmatan tempatan dan pembekalan di seluruh negara.
Malah pihaknya sedang dalam proses pengambilan dan latihan pekerja cawangan tersebut.
Sementara itu Ketua Eksekutif pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim , cawangan IKEA di Johor Bahru itu juga boleh mendorong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri selatan tanah air itu.
Cawangan terbaru IKEA itu dijangka dibuka pada akhir 2017.
Topic Berkaitan
#Christian Rojkjaer
#Desa Tebrau
#Ikea
#IKEA Tebarau
#syarikat kelengkapan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan