Skip to main content

Malaysia

Karnival Deepavali ke-24 sasar 500,000 pengunjung, medan adaptasi AI

Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Perasmian Karnival Deepavali ke-24 Tahun 2026 di Tempat Letak Kereta Terbuka B, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ahad. - Gambar Bernama
Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Perasmian Karnival Deepavali ke-24 Tahun 2026 di Tempat Letak Kereta Terbuka B, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ahad. - Gambar Bernama

Advertisement

Advertisement

KUALA LUMPUR: Karnival Deepavali Ke-24 (DC26) menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung selain menjadi medan utama mempromosikan adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan usahawan tempatan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, acara tahunan itu diharap terus diperluas pada masa hadapan seiring kemunculan teknologi baharu di peringkat global.

“Teknologi telah berkembang dan saya rasa pasaran sekarang ini memerlukan penglibatan teknologi AI untuk digunakan oleh semua peniaga bagi mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan karnival berkenaan di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Advertisement

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Shri Somnath Ghosh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa, Dr Gunarajah R George.

Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Communication Sdn Bhd (ASC), Jaggarao Simancha berkata, penganjuran edisi kali ini membuktikan karnival berkenaan terus kukuh sebagai antara produk tarikan pelancongan terbesar di rantau ASEAN.

Advertisement

“Tahun lepas, kita (penganjuran) mencatatkan kira-kira 360,000 pengunjung. Melihat sambutan luar biasa pada dua hari pertama ini sahaja yang sudah mencecah kira-kira 80,000 orang, kami optimis sasaran pengunjung pada tahun ini dapat dicapai,” katanya.

Karnival DC26 selama sembilan hari bermula 30 Okt hingga 7 Nov itu menyediakan lebih 450 reruai pameran kelengkapan Deepavali serta aneka sajian makanan dan dibuka secara percuma kepada orang ramai setiap hari dari 12 tengah hari hingga 10 malam.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement