WASHINGTON DC: Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mendedahkan gambar pertama yang diambil menggunakan Teleskop Angkasa James Webb yang memaparkan imej galaksi yang paling terperinci pernah dilihat.
Presiden Joe Biden dan White House dipertontonkan dengan imej warna beresolusi tinggi Webb sebelum satu pameran mengenai gambar dan data spektografi yang akan diadakan di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Maryland.
Teleskop Angkasa James Webb bernilai AS$9 bilion merupakan teleskop sains angkasa lepas terbesar dan paling berkuasa pernah dihasilkan bagi melihat melalui kosmos ke alam semesta sekali gus membawa kepada era revolusi penemuan astronomi.
Imej yang dipamerkan kepada Biden oleh Ketua NASA, Bill Nelson menunjukkan galaksi yang berusia 4.6 bilion tahun dikenali sebagai SMACS 0723 yang mana jisim gabungannya bertindak sebagai 'kanta graviti' untuk memutarkan ruang bagi memperbesarkan cahaya yang datang dari galaksi yang lebih jauh di belakangnya.
Menurut Biden, ia adalah penemuan baharu dalam sejarah alam semesta.
Biden disertai Naib Presiden Kamala Harris yang mempengerusikan Majlis Angkasa Amerika Syarikat di Bangunan Pejabat Eksekutif Lama Kompleks White House, pada Selasa.
DARI SEBUTIR PASIR DI LANGIT
Pada Jumaat, NASA menyiarkan senarai lima subjek angkasa yang dipilih untuk penampilan sulung Teleskop Angkasa James Webb yang termasuk SMACS 0723.
Ia adalah serpihan kosmos yang jauh seperti permata di mana, menurut NASA, menawarkan "imej paling terperinci" mengenai alam semesta setakat ini.
Ini juga membentuk imej inframerah terdalam dan paling tajam bagi kosmos jauh yang pernah diambil.
Menurut Nelson, ribuan galaksi itu dilihat dalam tompokan kecil di langit kira-kira sebesar sebutir pasir yang dipegang pada paras lengan seseorang yang berdiri di bumi.
Teleskop Angkasa James Webb dibina melalui kontrak oleh Northrop Grumman Corp dan ia dilancarkan ke angkasa lepas untuk NASA dan rakan sejawatannya di Eropah dan Kanada pada Hari Krismas 2021 dari Guiana, Perancis.
Keluaran imej pertamanya sangat dinanti-nantikan selepas enam bulan menyelaraskan pelbagai komponen dari jauh.
Teleskop itu kini telah ditala dengan baik dan fokus sepenuhnya membolehkan saintis memulakan senarai misi yang dipilih secara kompetitif bagi meneroka evolusi galaksi, kitaran hidup bintang, atmosfera exoplanet jauh dan bulan-bulan sistem suria luar.
Ia dibina untuk melihat subjeknya terutamanya dalam spektrum inframerah dan teleskop itu adalah 100 kali lebih sensitif daripada Teleskop Angkasa Hubble yang berusia 30 tahun dan beroperasi pada optik dan gelombang ultraviolet.
Permukaan pengumpul cahaya yang lebih besar bagi cermin utama Teleskop Angkasa James Webb yang mempunyai susunan 18 segmen heksagon logam berilium bersalut emas membolehkannya memerhati objek pada jarak yang lebih jauh dan lebih jauh ke belakang.
Kesemua imej pertama yang diambil oleh teleskop itu telah diketahui saintis, antaranya dua awan besar gas dan habuk akibat letupan bintang bagi membentuk inkubator untuk bintang baharu iaitu Carina Nebula dan Southern Ring Nebula yang mana setiap satu beribu tahun cahaya dari bumi.
Koleksi itu juga termasuk galaksi yang dikenali sebagai Stephan's Quintet, yang pertama kali ditemui pada tahun 1877 dan merangkumi beberapa galaksi lain.
Agensi angkasa itu juga akan membentangkan analisis spektrografi pertama Teleskop Angkasa James Webb.
Astro Awani
Tue Jul 12 2022
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mendedahkan gambar pertama yang diambil menggunakan Teleskop Angkasa James Webb yang memaparkan imej galaksi yang paling terperinci pernah dilihat. - Foto REUTERS
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
Netanyahu tolak gencatan senjata kekal sehingga Hamas dihapuskan sepenuhnya
Kenyataan itu menimbulkan keraguan kepada cadangan gencatan senjata Israel yang disuarakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jumaat.
Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Presiden Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata keputusan ke atas Donald Trump yang didapati bersalah dalam perbicaraan memalsukan rekod perniagaan membuktikan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang.
Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden
Dalam catatannya di Platform X, Antonio Guterres berkata sudah tiba masanya untuk perang ini dihentikan.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Cameron juga menyeru agar konflik dan pertikaian yang berlaku dalam krisis antara Israel dan Hamas, segera ditamatkan.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.