PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus berdegil dengan mengatakan tidak kepada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga Hamas dihapuskan.
Kenyataan Netanyahu itu sekali gus menimbulkan keraguan kepada cadangan gencatan senjata Israel yang disuarakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jumaat.
Netanyahu menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) Israel berkata bahawa syarat Israel untuk menamatkan perang tidak berubah iaitu dengan memastikan tentera Hamas dihapuskan, tebusan dibebaskan dan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel.
“Di bawah cadangan itu, Israel akan terus menegaskan syarat ini dipenuhi sebelum gencatan senjata kekal dilaksanakan. Tanggapan bahawa Israel akan bersetuju dengan gencatan senjata kekal sebelum syarat ini dipenuhi adalah bukan permulaan,” kata kenyataan itu.
Kenyataan pada Sabtu itu dibuat kurang sejam selepas Biden memperincikan cadangan damai pada Jumaat, dengan Netanyahu menegaskan negara itu tidak akan menamatkan perang sehingga Hamas dikalahkan dan semua tebusan telah dikembalikan.
Oleh itu katanya, Israel akan pastikan syarat-syarat ini dipenuhi sebelum gencatan senjata kekal dilaksanakan.
Ia mungkin tindakan paling kehadapan yang pernah dilakukan Biden dalam memberitahu Israel bahawa matlamat operasinya di Gaza sudah dipenuhi dan tiba masanya untuk menghentkan pertempuran.
Cadangan itu telah dialu-alukan di seluruh masyarakat antarabangsa. PBB, UK, Perancis, Arab Saudi dan UAE semuanya menyatakan sokongan terhadap cadangan Biden, manakala Qatar dan Mesir menyertai Amerika menyeru Israel dan Hamas untuk "memuktamadkan" perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan.
Hamas dalam pada itu melihat cadangan Biden secara positif dan bersedia untuk menangani secara konstruktif dengan sebarang cadangan berdasarkan gencatan senjata kekal.
Agensi
Sun Jun 02 2024
Netanyahu berkata, syarat Israel untuk menamatkan perang tidak berubah iaitu dengan memastikan tentera Hamas dihapuskan, tebusan dibebaskan dan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel. - Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Tentera Israel serang lebih 250 sasaran ketenteraan di Syria
Sumber keselamatan Israel memberitahu tentera negara itu telah melaksanakan salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udara mereka di Syria.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Bekas Menteri Pertahanan Israel beri amaran pembersihan etnik di Gaza
Kabinet kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dikatakan sedang mencari jalan mengeluarkan rakyat Palestin dari utara Gaza.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Netanyahu sedia terima gencatan senjata di Gaza, tetapi bukan penamat perang
Gencatan senjata di Gaza buka peluang pembebasan tawanan dan Israel masih berhasrat meneruskan perang dengan Hamas.
Mungkin kena Perang Dunia Ketiga baru Netanyahu dihukum - Penganalisis
Hanya Perang Dunia Ketiga yang mampu membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.