awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impak COVID-19: Khazanah tingkat rosot nilai kepada RM6 bilion

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/03/2021
07:40 MYT
Impak COVID-19: Khazanah tingkat rosot nilai kepada RM6 bilion
Langkah-langkah yang terpaksa diambil untuk mengekang penyebaran COVID-19 telah mengakibatkan sektor pelancongan, perhotelan dan penerbangan menerima kesan paling ketara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terpaksa meningkatkan rosot nilai kepada RM6 bilion terutamanya melibatkan aset penerbangan dan perhotelan.
Ia peningkatan lebih RM1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan kesan pandemiik COVID-19.
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah-langkah yang terpaksa diambil untuk mengekang penyebaran COVID-19 telah mengakibatkan sektor pelancongan, perhotelan dan penerbangan menerima kesan paling ketara.
"Syarikat pelaburan kami seperti Malaysia Airlines (MAB), Malaysia Airports Holdings (MAHB) dan Themed Attractions Resorts and Hotels (TAR&H) tidak terlepas daripada menerima kesan akibat pandemik ini.
"Khazanah terpaksa memperuntukkan rosot nilai bagi beberapa aset miliknya, iaitu RM3.1 bilion untuk syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB) dan RM1.8 bilion untuk TAR&H, bagi megurangkan impak akibat pandemik ini," katanya dalam Ulasan Tahunan Khazanah 2021.
Tambahnya, Khazanah juga telah menyumbang RM20 juta untuk menyokong usaha bantuan menerusi Rangkaian Tindakan Bencana GLC/GLIC (GDRN), yang menyelaras bantuan kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian bekalan perubatan serta pelbagai bantuan kemanusiaan lain sebagai respons bagi menghadapi pandemik itu.
"GDRN dikendalikan oleh sekretariat bersama yang diterajui oleh Yayasan Hasanah, yang merupakan yayasan milik Khazanah, dan Telekom Malaysia Berhad," katanya.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Khazanah
#MAHB
#GLC
#sektor pelancongan
#penerbangan
#pelaburan
#pelancongan
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan