KUALA LUMPUR : Majlis Bersama Perniagaan Malaysia melaksanakan beberapa dasar fiskal dalam usaha ke arah pemulihan semula ekonomi dalam fasa endemik.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail, ia memberikan tumpuan kepada empat strategi utama yang telah diputuskan menerusi deklarasi Sidang Kemuncak IMT-GMT kali ke-13 pada Khamis.

“Meningkatkan kadar vaksinasi penduduk negara masing masing dan melaksanakan dasar pembukaan sempadan melalui amalan prosedur operasi standard (SOP) yang selamat tetapi bersifat fasilitatif kepada sektor perniagaan dan perdagangan.

“Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan amalan norma baharu melalui pemerkasaan aplikasi pendigitalan dan e-dagang dalam pengurusan perdagangan oleh sektor kerajaan dan swasta.

“Meningkatkan iltizam bagi melaksanakan dasar pembangunan lestari dengan mengambil kira kemampanan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rozali Ismail turut menyatakan, Gagasan Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia Malaysia Thailand (IMT-GT) turut memperkenalkan lima inisiatif bagi tujuan merangsang pembukaan ekonomi dan perniagaan serantau.

Dalam pada itu, pihaknya menyambut baik deklarasi berkenaan kerana ia selaras dengan beberapa usul yang telah dikemukakan di peringkat IMT-GT sebelum ini.

Persidangan IMT-GT kali ke-13 yang berlangsung pada pagi Khamis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob yang dilakukan secara maya.