awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
Bekas pengurus besar Air Kelantan bebas tuduhan rasuah
[TERKINI] Penganalisis ekonomi tersohor, Madeline Berma meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB

Bernama
Bernama
30/12/2025
05:15 MYT
Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB
Rayuan itu mencabar sabitan yang dibacakan Jumaat lalu yang mendapati Najib bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata notis tersebut difailkan pada malam 29 Dis. Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib.
Rayuan itu mencabar sabitan yang dibacakan Jumaat lalu oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang mendapati Najib bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion dana milik kerajaan.
Bagi pertuduhan penyalahgunaan kuasa, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan serta denda keseluruhan sebanyak RM11.4 bilion, atau dipenjara 40 tahun jika gagal membayarnya.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikenakan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan tanpa sebarang denda dikenakan.
Bekas perdana menteri berusia 72 tahun itu hanya akan menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.
Hukuman ini akan berkuat kuasa selepas Najib selesai menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun bagi kes membabitkan SRC International, yang akan berakhir pada 23 Ogos 2028.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#1MDB
#faiikan rayuan
#hukuman penjara
#penyalahgunaan kuasa
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan