awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022

Bernama
Bernama
12/10/2022
06:01 MYT
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022
Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada Ogos 2022 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik iaitu 19.2 peratus. - Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 13.6 peratus pada Ogos 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu berkata pengembangan tersebut disumbangkan oleh masing-masing sektor pembuatan (15.2 peratus), elektrik (10.0 peratus) dan perlombongan (8.0 peratus).
"Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada Ogos 2022 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (19.2 peratus), produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (53.6 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam direka (13.6 peratus)," katanya.
Peningkatan dalam sektor perlombongan dipacu oleh pengembangan sebanyak 8.0 peratus masing-masing dalam indeks gas asli dan indeks minyak mentah dan kondensat, kata jabatan itu.
Pertumbuhan sektor pembuatan didorong oleh kedua-dua industri berorientasikan domestik (22.5 peratus) dan industri berorientasikan eksport (12.4 peratus).
"Bagi industri berorientasikan domestik, sumbangan utama adalah pembuatan produk tembakau dan pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler.
"Selain itu, peningkatan industri berasaskan eksport didorong oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal dan pembuatan kok serta produk petroleum bertapis," katanya.
Menurutnya, prestasi sektor pembuatan ini juga selari dengan pertumbuhan eksport yang memberangsangkan.
Dalam pada itu, IPP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 merekodkan pengembangan sebanyak 7.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.
"Peningkatan itu disokong oleh indeks pembuatan (9.6 peratus), indeks elektrik (6.5 peratus) dan indeks perlombongan (0.2 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor perindustrian
#Indeks Pengeluaran Perindustrian
#Jabatan Perangkaan
#pembuatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan