awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan

Bernama
Bernama
28/11/2023
08:10 MYT
Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Mohd Uzir berkata nilai unit eksport yang lebih tinggi pada Oktober disebabkan oleh peningkatan dalam indeks minyak galian dan indeks barangan keluaran kilang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya, manakala harga import turut naik secara marginal 0.5 peratus kepada 131.3 mata daripada 130.6 mata pada September 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai unit eksport yang lebih tinggi pada Oktober disebabkan oleh peningkatan dalam indeks minyak galian, yang meningkat 5.9 peratus daripada bulan sebelumnya, diikuti oleh indeks barangan keluaran kilang (naik 0.4 peratus) dan indeks bahan kimia (naik 0.3 peratus).
"Indeks volum eksport meningkat 0.3 peratus, selaras dengan peningkatan indeks minyak galian (naik 14.3 peratus), minyak dan lemak haiwan dan sayur-sayuran (naik 12.7 peratus) dan barangan keluaran kilang (naik 4.9 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi perbandingan tahunan, DOSM berkata indeks nilai seunit dan indeks volum masing-masing menurun 2.2 peratus pada Oktober.
Mengenai harga import, Mohd Uzir berkata pertumbuhan 0.5 peratus pada Oktober 2023 disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (naik dua peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (naik 0.5 peratus) dan bahan kimia (naik 0.4 peratus).
"Sementara itu, indeks volum import turut berkembang 12.8 peratus pada Oktober 2023 berbanding bulan sebelumnya, disebabkan oleh peningkatan indeks minyak galian (naik 42.3 peratus), bahan kimia (naik 10.0 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (naik 5.9 peratus)," katanya.
Bagi perbandingan tahun ke tahun, Mohd Uzir berkata indeks nilai seunit import berkurang 1.4 peratus manakala indeks volum naik 1.4 peratus pada Oktober 2023.
Menurut DOSM, terma perdagangan Malaysia menokok 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 111.4 mata pada Oktober, didorong oleh peningkatan indeks minyak galian (naik 3.8 peratus), minyak dan lemak haiwan dan sayur-sayuran (naik 0.5 peratus) dan makanan (naik 0.4 peratus).
"Bagaimanapun, terma perdagangan Malaysia menyusut 0.8 peratus tahun ke tahun daripada 112.4 mata pada Oktober 2022," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#indeks perdagangan
#eksport malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan