India dijangka mencuri perhatian ramai peserta Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tahun ini selepas Perdana Menteri India Narendra Modi dijadual menyampaikan ucapan pembukaan pada acara tahunan terbesar untuk pemimpin ekonomi dan perniagaan itu.
India kini berada dalam trajektori pertumbuhan yang tepat dan dijangka mampu mengekalkan kadar pertumbuhannya ketika China diramal merekodkan pertumbuhan yang lebih perlahan kepada 2.8 peratus pada 2030, berbanding 6.7 peratus pada 2016.
Malah pertumbuhan pantas ekonomi India sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan peransang yang memacu pertumbuhan rantau Asia Selatan secara keseluruhan. Ia juga dijangka mengatasi Jepun sebagai ekonomi ketiga utama dunia pada 2028.
“India kini berada dalam kedudukan transisi dan akan menjadi kuasa besar satu hari nanti,’ jelas Pengasas dan Pengerusi Eksekutik WEF Profesor Klaus Schwab.
Dalam ucapan terbabit, Modi dijangka menggariskan hala tuju ekonomi negaranya dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada ekonomi dunia.
Perkara sama dilakukan Presiden China XI Jinping semasa menyampaikan ucaptama semasa pembukaan WEF tahun lepas.
Jingping mengunakan pentas utama WEF untuk mempromosikan perdagangan global dan peranan China melalui Inisiatif Satu Jaringan Satu Laluan (OBOR).
Ketidakhadiran Presiden Amerika Syarikat pada WEF tahun lepas turut membuatkan China lebih terserlah sepanjang perhimpunan berkenaan.
Begitupun, tahun ini Presiden Donald Trump dijadual hadir dan bakal memyampaikan ucapan penutup, langkah yang mungkin akan mengembalikan keseimbangan pengaruh ke barat, seperti tahun-tahun penganjuran WEF sebelum ini.
Secara keseluruhan, 340 pemimpin politik dan 1,900 wakil perniagaan dijangka hadir tahun ini.
Ia juga menyaksikan peningkatan 21 peratus wakil wanita berbanding tahun lepas.
BACA: Pelabur antarabangsa yakin dengan potensi ekonomi Malaysia - Mustapa
TONTON: Gap between rich and poor, bigger than expected
TONTON: Early childhood education and economic development
TONTON: Agenda AWANI: Climate Study the Way Forward
Bertemakan “Membina Masa Depan Bersama Dalam Dunia Yang Semakin Retak” WEF 2018 dijadual diadakan pada 23-26 January 2018 di Davos-Klosters, Switzerland.
Seperti tahun lepas, Astro AWANI yang diketuai Timbalan Ketua Pengarang Kamarul Bahrin Haron, bakal membawakan liputan penuh sepanjang acara berkenaan.
Shafizan Johari
Wed Jan 17 2018
India kini berada dalam trajektori pertumbuhan yang tepat dan dijangka mampu mengekalkan kadar pertumbuhannya.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.