awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri minyak sawit negara dijangka kembali rancak - Mohd Khairuddin

Bernama
Bernama
16/06/2020
11:42 MYT
Industri minyak sawit negara dijangka kembali rancak - Mohd Khairuddin
Pengecualian cukai yang disediakan itu adalah di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk membantu menguruskan paras stok semasa sawit negara. - Gambar fail
Industri minyak sawit negara dijangka kembali pesat susulan peningkatan permintaan terhadap komoditi itu dari beberapa negara termasuk Turki yang bukan sahaja mahu mengimport minyak sawit mentah (MSM) tetapi juga produk sawit bertapis dari Malaysia.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kementeriannya yakin bekalan minyak sawit semasa negara adalah mencukupi untuk menampung permintaan tersebut.
"Terdapat peningkatan permintaan (minyak sawit) dari beberapa negara seperti India dan negara-negara di Timur Tengah (Asia Barat) termasuk Turki... peningkatan ini adalah disebabkan pengecualian 100 peratus duti eksport selama enam bulan sehingga Disember depan.
"Paras stok terkini MSM kita tidak sampai sejuta (tan metrik) berbanding 2.4 juta tan metrik sebelum ini, dan ini menunjukkan besarnya permintaan dari luar, namun kita yakin bekalan mencukupi (untuk menampung permintaan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sempena lawatan kerja beliau ke sini, hari ini.
Pengecualian cukai yang disediakan itu adalah di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk membantu menguruskan paras stok semasa sawit negara.
Mohd Khairuddin berkata dalam usaha memastikan bekalan sawit sentiasa mencukupi pihaknya juga akan turut menggalakkan lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam kegiatan estet sawit kerana masih banyak buah yang belum sempat dituai.
Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya juga akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat ini dengan rakan dagang dari India untuk membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan pasaran minyak sawit di negara tersebut.
Dalam pada itu, katanya, harga MSM juga semakin baik hari ini bernilai lebih RM2,400 bagi satu tan metrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri
#minyak sawit
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
#PENJANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan