awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliff Syukri komen ‘hahaha’, peguam bekas menteri mohon ‘gag order’ hina mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2026
08:15 MYT
Aliff Syukri komen ‘hahaha’, peguam bekas menteri mohon ‘gag order’ hina mahkamah
Aliff Syukri yang mengenakan kot berwarna coklat (kanan) dan Abdul Kadir (tengah) hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, akan memfailkan permohonan menghina mahkamah dan larangan bersuara terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Ia membabitkan tindakan Aliff Syukri, 39, membuat hantaran di media sosial, mengulas mengenai kes saman fitnah difailkan Abdul Kadir, 87, pada hari kedua perbicaraan itu berlangsung.
Peguam, Ravichandaran Selliah yang mewakili Abdul Kadir selaku plaintif berkata, walaupun mahkamah telah menasihatinya supaya tidak membuat sebarang kenyataan, namun usahawan berkenaan masih melakukan kesilapan sama.
“Perbuatannya perlu dihentikan sekarang, kerana ia akan menimbulkan prejudis terhadap kes dan anak guam, sekali gus menjejaskan proses keadilan di mahkamah.
“Ini kerana hantaran tersebut telah dibaca oleh jutaan pengikutnya malah dipetik oleh dua media termasuk portal berita hiburan,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan berkenaan dilihat sebagai mahu meraih simpati umum dan memberi gambaran negatif terhadap bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
Katanya, kenyataan peribadi Aliff Syukri berpotensi menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem kehakiman dan mencemarkan pentadbiran keadilan.
Susulan itu, beliau memohon mahkamah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kesucian mahkamah, keadilan terhadap perbicaraan serta keyakinan awam terhadap sistem perundangan.
Bagaimanapun, peguam, Zulfahmi Abu Bakar yang mewakili peniaga kosmetik itu selaku defendan berkata, hantaran awal iaitu “hahaha” telah diturun serta-merta.
Beliau berkata, hantaran berkenaan tidak lebih kepada bentuk perkongsian di media sosial menganggap ia tidak akan mengganggu proses keadilan mahkamah.
“Mengenai hantaran temu bual oleh pihak media, saya belum meneliti perkara itu, sama ada anak guam dihubungi media pada atau sebelum Isnin lalu.
“Kita juga tidak dapat mengawal berita yang mahu dikeluarkan media,” katanya yang hadir bersama peguam, Mohd Tajudin Abd Razak dan Shah Nurul Afzan Abdullah.
Mengulas mengenai dakwaan pembelaan plaintif, beliau berkata, kenyataan Aliff Syukri bukan berniat untuk meraih simpati masyarakat supaya memberi tekanan kepada mahkamah sehingga boleh menjejaskan keputusan kes.
Beliau juga percaya, mahkamah ini adil dan tidak akan mudah terpengaruh dengan komen warganet.
Susulan itu katanya, mahkamah tidak perlu membenarkan permohonan 'gag order' dan menghina mahkamah seperti yang dipohon pihak plaintif.
Prosiding di hadapan Hakim, Roslan Mat Nor bersambung jam 2 petang pada Khamis.
Pada 6 September 2023, Abdul Kadir memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM70 juta daripada ahli perniagaan, Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah.
Abdul Kadir, 86, yang berkata, Aliff Syukri yang turut terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut ramai dalam platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan lain-lain, didakwa telah mengeluarkan kenyataan itu pada 2 Julai 2023.
Bekas menteri penerangan itu mendakwa, kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta-juta ringgit, selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan tersebut telah mengundang komen negatif daripada pembaca.
Oleh itu, plaintif menuntut antaranya defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah, selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.
Sementara itu, Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.
Defendan mendakwa, pihak-pihak di dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan olehnya dan segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji yang diberikan plaintif, di dalam pengetahuan sendiri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Abdul Kadir Sheikh Fadzir
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan