awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama

Bernama
Bernama
08/01/2026
08:15 MYT
Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama
Kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Mahkamah Sesyen Shah Alam akan dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Mahkamah Sesyen Shah Alam akan dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.

Ringkasan AI
  • Kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Mahkamah Sesyen Shah Alam akan dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
  • Pihak pendakwaan memohon agar dokumen berkaitan kes diserahkan terlebih dahulu kepada mahkamah dan pihak pembelaan sebelum perbicaraan kelak.
  • Shamsul Iskandar didakwa menerima suapan wang tunai dan barangan bernilai RM100,000 hingga RM62,924 daripada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing bagi membantu syarikat-syarikat Tei mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan untuk memindahkan kes berkenaan dan ia tidak dibantah peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu.
"Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes terbabit dibicarakan bersama dan menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen," kata Suzana.
Terdahulu, Farah Ezlin memohon lanjutan masa untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada mahkamah dan pihak pembelaan kerana pendakwaan perlu melihat dokumen mana yang akan digunakan untuk perbicaraan kelak.
Amer Hamzah berkata pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan, namun memohon agar dokumen yang sudah tersedia diserahkan terlebih dahulu kepada mereka.
"Selepas teliti dokumen, kami akan mempertimbangkan untuk kemuka representasi jika terdapat sebarang kelemahan atau isu berbangkit. Kami juga sedang mengkaji kemungkinan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi kerana terdapat isu undang-undang berkaitan pertuduhan yang akan dicabar," kata Amer Hamzah.
Pada 4 Dis lepas, Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan bersetuju menerima suapan secara rasuah bagi dirinya sendiri iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing, 37, sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat dimiliki Tei mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun perkara itu tiada kaitan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.
Shamsul Iskandar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM40,000 daripada Tei bagi tujuan sama dan dua lagi pertuduhan menerima suapan berbentuk kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada individu sama bagi tujuan serupa.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, di sini dan di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024, serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 24 Nov 2023 hingga 5 Mac 2024.
Pada 5 Dis, Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan secara rasuah memperoleh suapan berjumlah RM62,924 daripada Tei di sebuah bank di Country Heights, Kajang antara 28 Nov 2023 hingga 23 Sept 2024.
Wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bank seorang wanita bagi tujuan pembayaran sewa sebuah rumah di Kuala Lumpur, dan didakwa sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat milik Tei yang berkepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Rosli Ahmad membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes membabitkan Tei di Mahkamah Sesyen Shah Alam dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.
Rosli menetapkan 13 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pada 4 Dis, Tei turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memberikan suapan wang tunai RM100,000 dan RM40,000 kepada Shamsul Iskandar, sebagai dorongan bagi Shamsul Iskandar membantu syarikat-syarikat yang tertuduh mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.
Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan memberikan satu suapan iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 kepada individu sama bagi tujuan serupa.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, di sini dan di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024, serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 24 Nov 2023 hingga 5 Mac 2024.
Pada 5 Dis, Tei turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan memberikan suapan berjumlah RM64,924 kepada Shamsul Iskandar, dengan wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank seorang wanita bagi tujuan pembayaran penyewaan rumah di Kuala Lumpur dan sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat Tei yang mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman serupa.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kesalahan yang didakwa terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Albert Tei Jiann Cheing? A: Datuk Seri Shamsul Iskandar didakwa atas pertuduhan menerima suapan secara rasuah dan Albert Tei Jiann Cheing didakwa atas pertuduhan memberikan suapan secara rasuah untuk mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
  • Q: Apakah tarikh ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen mengenai kes rasuah yang dibicarakan? A: Mahkamah menetapkan tarikh 11 Mac untuk sebutan kes bagi serahan dokumen berkaitan kes rasuah yang melibatkan Datuk Seri Shamsul Iskandar dan Albert Tei Jiann Cheing.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak pendakwaan terhadap kes rasuah yang melibatkan Shamsul Iskandar dan Tei Jiann Cheing? A: Pihak pendakwaan memohon agar kes rasuah yang melibatkan Shamsul Iskandar dan Tei Jiann Cheing dibicarakan bersama dan meminta masa lanjutan untuk menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada mahkamah dan pihak pembelaan.

Topic Berkaitan
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#SPRM
#Rasuah
#kes dibicarakan bersama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan