KUALA LUMPUR: Industri minyak sawit Malaysia digalakkan meneroka dan memperluaskan perniagaan ke pasaran yang disifatkan sebagai pasaran khusus untuk mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi serta liputan lebih bersasar.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Siti Aminah Aching berkata oleh itu, syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.
"Pelaburan dan pertumbuhan peringkat hiliran yang perlahan merupakan cabaran kepada sektor hiliran sawit. Negara menghadapi pelbagai rintangan bagi menarik minat pelaburan dan teknologi bagi pembangunan produk hiliran tempatan sektor sawit," katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi pada sidang khas Dewan Negara di Parlimen, semalam.
Beliau berkata justeru, bagi menggiatkan peralihan kepada aktiviti bernilai tinggi dan merebut peluang ekonomi kitaran, kerajaan telah merangka inisiatif iaitu meluaskan pembangunan produk berorientasikan pasaran seperti produk oleokimia dan biobahan api berprestasi khusus, makanan dan ramuan fungsian.
Siti Aminah berkata berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sebanyak 3.78 juta tan minyak sawit mentah (MSM) dengan nilai RM19.77 bilion telah dieksport pada 2022.
Eksport produk berasaskan sawit lain yang terdiri daripada minyak sawit diproses, isirung minyak sawit, oleokimia berasaskan sawit, produk sawit lain dan hampas isirung sawit adalah sebanyak 22.75 juta tan dengan nilai RM118.12 bilion bagi tempoh yang sama, katanya.
Bagi komoditi getah pula, beliau berkata kerajaan terus berusaha memastikan industri getah berkembang menerusi dasar serta program berimpak tinggi yang diperkenalkan termasuk meningkatkan kelestarian industri getah secara keseluruhannya.
Mengenai isu harga getah rendah, kerajaan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran, katanya.
Beliau berkata oleh itu, kerajaan berusaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah serta pengeluaran getah negara dengan melaksanakan strategi jangka masa panjang seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG); Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET); dan Program Insentif Pengeluaran Getah (IPL).
"Sebagaimana sedia maklum, bermula dari 1 Jan, 2023 kerajaan telah menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70.
"Sehingga Ogos 2023, pemberian IPG telah memberi manfaat kepada 217,705 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM474.54 juta. Program IPG ini telah dilaksanakan bermula September 2015," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 3.78 juta tan minyak sawit mentah dengan nilai RM19.77 bilion telah dieksport pada 2022. - Gambar hiasan
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Merangkap Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak Selasa lalu.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Rabu mencatatkan penurunan kepada 3,260 mangsa berbanding lebih 6,000 mangsa semalam.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan ada racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Grand Theft Auto VI dijangka hadir 2025, penantian 12 tahun bakal berakhir
Menerusi treler yang dikongsikan, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.
AWANI Ringkas: Kanak-kanak 6 tahun hilang sejak Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.
COP28: Climate resilience in the built environment & communities
Explore climate resilience in the built environment and communities at COP28 in Dubai. Join discussions led by key speakers, including Rais Imran, Chief Strategy Officer of UEM Edgenta, and Fadi Nwilati, Chief Executive Officer of Kaizen AMS. Gain insights into strategies for building resilience against climate challenges in both urban spaces and communities. Don't miss this opportunity to engage with experts and contribute to the discourse on creating sustainable and resilient environments.
AWANI Ringkas: Setahun kepimpinan Kerajaan Madani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Hampir 100 peratus kilang, ladang sawit Malaysia diperakui MSPO - PM Anwar
Malaysia sangat percaya bahawa pengeluaran yang mampan adalah jalan ke hadapan untuk industri minyak sawit.

Mesyuarat kedua EUDR diharap terima pengiktirafan MSPO - TPM Fadillah
Mesyuarat kedua berhubung Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah yang akan diadakan Disember ini diharapkan akan dapat menerima pengiktirafan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Peruntukan kempen tangani anti minyak sawit tingkatkan kemampanan sektor - MPOA
Bagaimanapun, persatuan menanti butiran mengenai insentif cukai untuk mekanisasi dan automasi menggunakan dron dan kenderaan pandu sendiri.

Kementerian Perladangan kemuka cadangan bantuan kewangan sokong aktiviti penanaman semula - Fadillah
Fadillah berkata cadangan itu kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Kerajaan hadkan keluasan tanaman sawit untuk industri sawit mampan - TPM Fadillah
Usaha difokuskan kepada kawasan tanaman sedia ada melalui aktiviti penanaman semula menggunakan baka yang akan memberikan hasil tinggi dan menerusi amalan pertanian baik.

MPOB tumpu 5 bidang penyelidikan utama sejajar teras DAKN 2030
Bidang tersebut merangkumi Prestasi Hasil; Pembangunan Mampan; Mekanisasi dan Automasi, Keselamatan Makanan dan Pemakanan dan Nilai Tambah.

KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee
Industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar.

JCSPO pacu pemuliharaan, kelestarian sawit Sabah
Inisiatif itu menjadi asas kepada langkah penting dalam menempatkan Sabah sebagai pemimpin global dalam minyak sawit lestari.

Eropah, AS akan terus serang minyak sawit
Ahmad Parveez berkata, ini kerana, potensi produk sawit diakui lebih baik selain kos yang murah serta lestari terhadap alam sekitar.