awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi di Sulawesi Tengah jejaskan 20 keluarga, tiada ancaman tsunami

Bernama
Bernama
15/07/2025
15:59 MYT
Gempa bumi di Sulawesi Tengah jejaskan 20 keluarga, tiada ancaman tsunami
Satu gempa bumi dengan magnitud 5.3 melanda wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia lewat Isnin, merosakkan puluhan rumah dan menjejaskan sekurang-kurangnya 20 keluarga, menurut pihak berkuasa.
JAKARTA: Satu gempa bumi dengan magnitud 5.3 melanda wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia lewat Isnin, merosakkan puluhan rumah dan menjejaskan sekurang-kurangnya 20 keluarga, menurut pihak berkuasa.
Berdasarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), gempa bumi yang melanda Daerah Poso pada pukul 9.52 malam waktu tempatan itu mengakibatkan kerosakan kecil kepada 38 buah rumah, tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Penilaian dan pengumpulan data masih dijalankan," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Selasa, sambil menambah bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyelaraskan tindak balas kecemasan dan memantau keadaan.
Pusat gempa terletak di darat, kira-kira 67 kilometer barat daya Poso pada kedalaman 10 kilometer, dengan gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran termasuk Morowali Utara, Luwu Timur dan Bandar Palopo.
Abdul Muhari berkata gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana pertemuan keping benua menyebabkan aktiviti seismik yang kerap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Sulawesi Tengah
#Indonesia
#Tiada ancaman tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan