awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
21/02/2025
04:10 MYT
Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Sektor Makanan & Minuman, yang merangkumi hampir 30 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP, meningkat 2.5 peratus, lebih perlahan berbanding 2.7 peratus pada Disember 2024. - Gambar hiasan / DagangNews
PUTRAJAYA: Inflasi Malaysia pada Januari 2025 kekal stabil pada kadar 1.7 peratus dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 3.5 peratus, diikuti oleh Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.3%), serta Rekreasi, Sukan & Kebudayaan (1.8%).
Selain itu, sektor Pendidikan (1.6%), Kesihatan (1.2%), dan Pengangkutan (0.9%) turut mencatatkan peningkatan berbanding Disember 2024.
Beliau menambah bahawa kategori Maklumat & Komunikasi mengalami penurunan inflasi kepada -5.3 peratus, sementara kategori Pakaian & Kasut kekal dalam julat negatif pada -0.3 peratus.
"Inflasi keseluruhan kekal terkawal, namun kenaikan harga bagi perkhidmatan seperti restoran dan penginapan menunjukkan peralihan perbelanjaan pengguna ke arah sektor tersebut," katanya.
Harga Makanan di Rumah & Luar Rumah
Sektor Makanan & Minuman, yang merangkumi hampir 30 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP, meningkat 2.5 peratus, lebih perlahan berbanding 2.7 peratus pada Disember 2024.
Bagaimanapun, harga makanan di luar rumah meningkat 5.0 peratus, didorong oleh kenaikan harga item seperti piza (39.9%), masakan sayur (6.3%), sate (5.7%), dan masakan ayam (3.9%).
Sebaliknya, harga makanan di rumah menunjukkan kenaikan lebih perlahan.
Harga Pengangkutan & Komoditi
Indeks Pengangkutan meningkat kepada 0.9 peratus pada Januari 2025 berbanding 0.4% pada Disember 2024, sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga diesel di Semenanjung Malaysia kepada RM3.06 seliter (Disember 2024: RM2.95).
Walau bagaimanapun, harga petrol tanpa plumbum RON97 menurun sebanyak -4.0%.
Perbandingan Serantau
Dari segi perbandingan serantau, kadar inflasi Malaysia (1.7%) lebih rendah berbanding Vietnam (3.6%), Filipina (2.9%), dan Korea Selatan (2.2%), tetapi lebih tinggi daripada Thailand (1.3%),
Topic Berkaitan
#Mohd Uzir Mahidin
#Inflasi
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#sektor perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan