awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad

Bernama
Bernama
08/02/2026
11:00 MYT
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Keputusan tidak rasmi bagi pilihan raya umum (PRU) dan referendum Thailand dijangka diketahui pada lewat Ahad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (ECT). - Foto AP/Sakchai Lalit
BANGKOK: Keputusan tidak rasmi bagi pilihan raya umum (PRU) dan referendum Thailand dijangka diketahui pada lewat Ahad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (ECT).

Ringkasan AI
  • Keputusan tidak rasmi PRU dan referendum Thailand dijangka diumumkan pada Ahad, 5 petang waktu tempatan.
  • Proses pengundian berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi yang dijangka tinggi pada petang.
  • 9 juta pengundi layak memilih 500 ahli Dewan Perwakilan dan dalam referendum mengenai perlembagaan baharu.

Setiausaha Agung ECT Sawaeng Boonmee berkata pusat pengundian di seluruh negara akan ditutup pada 5 petang waktu tempatan, dengan keputusan tidak rasmi pertama dijangka diterima bermula kira-kira 6 petang.
"Undi akan diterima secara progresif dan menjelang sekitar 10 hingga 11 malam, gambaran keseluruhan dijangka menjadi agak jelas," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Beliau berkata proses pengundian berjalan lancar sepanjang pagi Ahad, manakala peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi dijangka pada sebelah petang.
Kira-kira 52.9 juta pengundi layak untuk memilih 500 ahli Dewan Perwakilan serta mengundi dalam referendum mengenai penggubalan perlembagaan baharu.
Sementara itu, media Thailand melaporkan bahawa Perdana Menteri sementara Anutin Charnvirakul telah menunaikan tanggungjawab mengundi di wilayah Buri Ram, kubu kuat Parti Bhumjaithai pimpinannya, manakala beberapa pemimpin parti lain mengundi di Bangkok.
Pemimpin People's Party Natthaphong Ruengpanyawut, Ketua Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva dan calon perdana menteri Pheu Thai Yodchanan Wongsawat dilaporkan antara pengundi awal di kawasan pilihan raya masing-masing selepas pusat pengundian dibuka di seluruh negara pada 8 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#Thailand
#keputusan tidak rasmi
#Ahad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan