awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi

Faida Rahim
Faida Rahim
08/02/2026
10:44 MYT
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan sekatan terhadap pembukaan akaun baharu bagi kanak-kanak di bawah umur berkenaan.- BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ibu bapa dibenarkan menguruskan akaun media sosial anak-anak berusia bawah 16 tahun, namun langkah itu tetap memerlukan pemantauan sepenuhnya.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan sekatan terhadap pembukaan akaun baharu bagi kanak-kanak di bawah umur berkenaan.
Beliau menegaskan, sekiranya akaun dibuka oleh ibu bapa untuk anak-anak, maka tanggungjawab penuh dalam mengawasi penggunaan akaun itu terletak pada mereka.
"Saya tahu ada ibu bapa yang anak-anak mereka menjadi influencer (pempengaruh) atau content creator (pencipta kandungan). Tetapi bukan anak-anak yang sendiri memuat naik kandungan, sebaliknya dikawal dan diuruskan oleh ibu bapa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.
Tambah beliau, kerajaan menjelaskan bahawa perkara ini tidak menjadi masalah kerana yang ingin dielakkan ialah situasi di mana anak-anak sendiri mengawal dan mengendalikan akaun media sosial mereka.
"Kita tak tahu mereka bercakap dengan siapa atau siapa 'direct message' (mesej secara terus) mereka.
"Apa akan jadi kepada maklumat data mereka sekiranya ada pihak yang tak diingini berkomunikasi dengan mereka? Jadi kalau ibu bapa yang mengendalikan itu lebih selamat," katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa untuk menjaga data peribadi termasuk alamat dengan tidak mendedahkan kepada umum kerana ia berisiko disalah guna pihak tidak bertanggungjawab atau penjenayah siber.
"Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh disalahgunakan untuk menyunting gambar dan video anak-anak sehingga dijadikan bahan yang tidak baik.
"Oleh itu, tidak menjadi masalah sekiranya akaun media sosial dikendalikan oleh ibu bapa, namun mereka mesti sentiasa berwaspada.
"Mesej utama ialah menggunakan internet dengan selamat," katanya.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan dijangka menguatkuasakan undang-undang berhubung pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial mulai Julai 2026, sebagai usaha melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi serta pendedahan kepada kandungan tidak sesuai dalam talian.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#media sosial
#Fahmi Fadzil
#Hari Keselamatan Internet HKI 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan