awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM

Bernama
Bernama
17/05/2024
07:01 MYT
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Abdul Rasheed berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2024 disokong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan permintaan luaran yang bertambah baik. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, hal ini secara amnya mencerminkan permintaan yang semakin stabil dan tekanan kos yang terkawal, bersama-sama dengan kemungkinan inflasi meningkat yang berpunca daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.
"Prospek sepanjang tahun ini bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan," katanya ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 di sini hari ini.
Abdul Rasheed berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2024 disokong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan permintaan luaran yang bertambah baik.
Beliau berkata pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan akan menyokong perbelanjaan isi rumah.
"Aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan dalam projek infrastruktur berbilang tahun merentas sektor swasta dan sektor awam, di samping pelaksanaan inisiatif pemangkin yang diumumkan dalam pelan induk nasional serta lebih banyak pelaburan yang diluluskan kini direalisasikan.
"Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus bertambah baik," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Rasheed berkata prospek pertumbuhan terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang kian meruncing dan pengeluaran komoditi dalam negeri yang berkurang lebih banyak.
"Meskipun begitu, terdapat risiko pertumbuhan lebih tinggi yang berpunca daripada limpahan peningkatan yang lebih besar kitaran teknologi, aktiviti pelancongan yang lebih memberangsangkan dan pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih cepat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inflasi
#Bank Negara Malaysia
#kekal sederhana t
#rasionalisasi subsidi bahan api
#Abdul Rasheed Ghaffour
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan