awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tesla Robotaxi mula tawar perjalanan autonomi terhad di Austin
JAKIM rangka model undang-undang atasi ketidakseragaman perundangan Islam negeri
Hentikan amalan kartel yang menindas rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi

Bernama
Bernama
24/01/2026
02:10 MYT
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
Mohd Kurniawan Naim Moktar menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas selesai mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit, pagi tadi. - Gambar Bernama
KINABATANGAN: Dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing, setakat 9 pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit pada 8.51 pagi dan selesai mengundi pada 8.58 pagi.
Sementara itu, calon Bebas, Goldam Hamid pula melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Minusoh pada 8.54 pagi.
Pusat pengundian bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dibuka serentak pada 7.30 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang ini dengan sebahagian daripadanya ditutup secara berperingkat.
Proses pengundian pada pagi ini berlangsung dalam keadaan cuaca baik.
Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam, manakala bagi DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kinabatangan
#calon PRK Kinabatangan
#Mohd Kurniawan Naim Moktar
#Bung Moktar
#Bung Moktar meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan