awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025

Bernama
Bernama
15/11/2024
15:30 MYT
Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Abdul Rasheed berkata inflasi asas yang stabil sepanjang suku itu menunjukkan kesan yang terhad kepada harga yang lebih luas susulan rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata pelaksanaan subsidi bersasar bagi bahan api RON95 dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) turut diambil kira.
"Risiko kenaikan unjuran itu kekal bergantung kepada sejauh mana kesan daripada langkah dasar domestik seterusnya yang mempengaruhi harga secara lebih meluas.
"Risiko yang berlarutan daripada perkembangan luaran juga boleh meningkatkan harga komoditi global atau mengganggu keadaan bekalan global," katanya semasa sidang media bagi mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata dari sudut negatif, inflasi domestik yang lebih rendah boleh berlaku akibat pertumbuhan global yang lebih lembap berbanding jangkaan, yang boleh mempengaruhi harga komoditi global dan keadaan ekonomi domestik melalui permintaan luaran yang lemah.
Bagi suku ketiga 2024, inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus.
"Walaupun ada beberapa item yang mengalami inflasi lebih tinggi, seperti diesel (20.1 peratus) dan insurans kenderaan (0.8 peratus) namun, ini telah diimbangi oleh penyederhanaan yang lebih menyeluruh bagi inflasi makanan dan minuman (1.6 peratus) sepanjang suku itu," katanya.
Abdul Rasheed berkata inflasi asas yang stabil sepanjang suku itu menunjukkan kesan yang terhad kepada harga yang lebih luas susulan rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun.
Keadaan itu didorong oleh penguatkuasaan berkesan serta langkah mitigasi untuk meminimumkan kesan kos ke atas perniagaan, katanya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#KDNK
#Inflasi
#subsidi bersasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan