awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat

Bernama
Bernama
03/02/2026
02:40 MYT
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
Vokal keempat-empat anggota kumpulan Inteam kekal mantap dan konsisten, dengan kawalan nada serta stamina meyakinkan sepanjang konsert, termasuk pada bahagian vokal tinggi dan segmen rap yang dipersembahkan secara langsung.
KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid terkenal Inteam terus membuktikan kelangsungan perjalanan seni mereka menerusi Konsert Nur Kasih 25 Tahun yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam Ahad lepas.
Inteam yang ditubuhkan pada awal 2000 dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid (Syah), Muhammad Hazamin Harun (Hazamin), Hisyam Ahmad (Hisyam) dan Abdul Rahim Osman (Rahim) mempersembahkan lebih 25 lagu sepanjang hampir tiga jam, termasuk karya baharu serta deretan lagu hit yang mengimbau nostalgia peminat sejak era awal milenium hingga kini.
Sebagai konsert kedua susulan sambutan menggalakkan tahun lepas, persembahan itu disusun rapi menerusi gabungan segmen rohani, kemanusiaan dan hiburan, sekali gus membawa penonton menyusuri evolusi muzik Inteam merentas dua dekad.
Rahim menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai pencapaian bermakna buat kumpulan itu, yang sebelum ini tidak pernah membayangkan peluang mengadakan persembahan di Axiata Arena, lokasi sinonim dengan konsert berskala besar.
"Tidak pernah terfikir kami dapat mengadakan konsert di Axiata Arena. Terima kasih atas peluang ini. 1 Feb 2026 terpahat sebagai kenangan indah untuk kami," katanya.
Konsert dibuka dengan rangkaian lagu seperti Dia Muhammad, Kasih Kekasih dan Siti Khadijah sebelum diteruskan dengan karya reflektif termasuk Bisikan Nurani, Rabiatul Adawiyah dan Mulakan Hari Ini yang mencipta suasana syahdu serta penuh penghayatan dalam dewan.
Segmen kemanusiaan menjadi antara detik paling menyentuh perasaan apabila audio The Voice of Hind Rajab diperdengarkan, menampilkan rakaman suara sebenar seorang kanak-kanak dari Gaza ketika konflik di wilayah berkenaan, sekali gus meruntun emosi penonton serta menyerlahkan mesej solidariti dan keprihatinan sejagat yang sering diketengahkan Inteam menerusi karya mereka.
Dari sudut kualiti persembahan, vokal keempat-empat anggota kumpulan itu kekal mantap dan konsisten, dengan kawalan nada serta stamina meyakinkan sepanjang konsert, termasuk pada bahagian vokal tinggi dan segmen rap yang dipersembahkan secara langsung.
Dimensi persembahan turut diperkaya dengan kehadiran artis undangan seperti Zizi Kirana serta bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani, yang membawa variasi warna muzik dan sentuhan nostalgia.
Kemunculan seniman Datuk M. Nasir sebagai tetamu khas menjadi antara kemuncak persembahan apabila beliau bergandingan dengan Inteam menerusi lagu Perjalanan 2 dan Bonda, sekali gus menambah nilai simbolik terhadap perjalanan seni yang diraikan pada malam itu.
Konsert berskala mega itu diakhiri dengan lagu popular termasuk Setanggi Syurga dan Nur Kasih yang dinyanyikan bersama ribuan penonton, menutup tirai persembahan yang bukan sekadar meraikan ulang tahun, malah menegaskan kedudukan Inteam sebagai kumpulan nasyid yang terus relevan dan dekat di hati peminat pelbagai generasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Konsert Inteam
#Inteam Nur Kasih
#Setanggi Syurga
#Axiata Arena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan