Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu membentangkan Laporan Laksana Ke-12 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Ini lima perkara yang menjadi tumpuan dalam ucapan beliau:
1. Sehingga 6 Julai, 140 ribu individu bujang dan isi rumah telah telah menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM120 juta daripada peruntukan RM139 juta.
2. Program Subsidi Upah: Sehingga 6 Julai sejumlah RM7.15bilion telah diluluskan bagi 310,622 majikan yang memanfaatkan lebih 2.48 juta pekerja.
3. Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) KWSP: Sehingga 6 Julai 2020, sebanyak 37,900 permohonan telah diterima dan daripadanya, 10,528 permohonan telah diluluskan bernilai RM70.4 juta bagi caruman KWSP majikan.
4. Kesedaran masih kurang dan sejak Januari 2020 hingga kini, hanya 7 peratus atau 28,425 pekerja ekonomi gig berdaftar dengan PERKESO - daripada sasaran 400,000 pekerja.
5. Dana Pinjaman Mudah PKS (SME Soft Loans Funds): Sehingga 6 Julai 2020, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan setuju diterima oleh PKS adalah RM8.7 bilion, dan ini akan memanfaatkan 21,104 PKS.
Isabelle Leong
Wed Jul 08 2020
Sehingga 6 Julai, 140 ribu individu bujang dan isi rumah telah telah menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM120 juta daripada peruntukan RM139 juta. - Sumber foto Facebook / tzafrulaziz
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Hanya 7 peratus pekerja ekonomi gig berdaftar dengan Perkeso - Tengku Zafrul
Kerajaan berharap lebih ramai pekerja akan mencarum dengan Perkeso agar mendapat perlindungan daripada program PENJANA GIG.
Ini lima perkara utama dari Laporan Laksana ke-12
Ini lima perkara yang menjadi tumpuan dalam ucapan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Laporan Laksana Ke-12.