BUSINESS
Ini lima perkara utama dari Laporan Laksana ke-12

Sehingga 6 Julai, 140 ribu individu bujang dan isi rumah telah telah menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM120 juta daripada peruntukan RM139 juta. - Sumber foto Facebook / tzafrulaziz
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu membentangkan Laporan Laksana Ke-12 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Ini lima perkara yang menjadi tumpuan dalam ucapan beliau:
1. Sehingga 6 Julai, 140 ribu individu bujang dan isi rumah telah telah menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM120 juta daripada peruntukan RM139 juta.
2. Program Subsidi Upah: Sehingga 6 Julai sejumlah RM7.15bilion telah diluluskan bagi 310,622 majikan yang memanfaatkan lebih 2.48 juta pekerja.
3. Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) KWSP: Sehingga 6 Julai 2020, sebanyak 37,900 permohonan telah diterima dan daripadanya, 10,528 permohonan telah diluluskan bernilai RM70.4 juta bagi caruman KWSP majikan.
5. Dana Pinjaman Mudah PKS (SME Soft Loans Funds): Sehingga 6 Julai 2020, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan setuju diterima oleh PKS adalah RM8.7 bilion, dan ini akan memanfaatkan 21,104 PKS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami