Malaysia membantu negara membangun di rantau Asia Pasifik mendapatkan pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, langkah ini turut mempromosikan pembiayaan Islam yang terbukti berjaya di Malaysia selain membuka lebih banyak peluang kewangan Islam di pasaran baharu dan membangun.
"Pasaran Islam Malaysia mempunyai struktur yang baik. Kami mempunyai semua ciri-ciri untuk berjaya.
"Apa yang kami lakukan pada masa ini adalah membantu negara ahli APEC. Kebanyakan negara ini memerlukan modal untuk membangunkan infrastrukturnya," kata Johari.
Tambahnya, fokus ketika ini diberikan kepada cara menembusi kecairan pasaran maju untuk membantu pasaran membangun, bukan sahaja bagi Malaysia tetapi semua negara serantau.
"Objektif kebanyakan negara membangun adalah untuk mengetahui dan mencerminkan kejayaan Malaysia.
"Ini juga akan meningkatkan jumlah negara yang menggunakan kewangan Islam," kata Johari.
Sementara itu, Johari mengumumkan pasaran bon Malaysia suku pertama 2016 bernilai RM1.15 trilion.
Katanya, 54 peratus daripada jumlah tersebut merupakan sukuk yang diterbitkan Malaysia.
Menurut laporan RAM Ratings baru-baru ini, terbitan sukuk Malaysia melonjak 50.4 peratus kepada RM22.8 bilion dalam dua bulan pertama 2016.
Ia berbanding RM15.1 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
RAM Ratings berkata terbitan sukuk Malaysia menyumbang secara signifikan kepada angka terbitan sukuk global.
MoF tidak akan campur tangan dalam isu 1MDB-IPIC
Kementerian Kewangan tidak akan campur tangan dalam isu pertikaian di antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Johari berkata kementeriannya bersedia membantu 1MDB jika segala isu pada tahap korporat diselesaikan.
"MoF sentiasa bersedia membantu dalam isu ini, tetapi selepas 1MDB menyelesaikan segala pertikaian pada tahap korporat.
"Kami tidak akan campur tangan buat masa ini kerana pertikaian ini antara dua entiti korporat untuk diselesaikan sendiri," kata Johari.
Sementara itu, Johari memuji usaha 1MDB mengarahkan DF King untuk melancarkan micro site yang mengandungi maklumat berkaitan dan perkembangan semasa bagi pemegang bon.
Ini katanya penting terutamanya bagi menjawab segala persoalan berkaitan syarikat pelaburan ini.
Isnin lalu, 1MDB berkata ia akan memulakan proses perbincangan dengan pemegang bon dinominasi dolar.
Ia juga akan menghubungi pemegang bon pada 23 Mei dan perincian lanjut akan diumumkan kelak.
1MDB berkata ia komited bekerjasama dengan IPIC untuk menyelesaikan isu pertikaian bon tersebut.
Pritha Manivannan
Tue May 10 2016
JOHARI: Pasaran Islam Malaysia mempunyai struktur yang baik. -Foto Bernama
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.