KUALA LUMPUR: Kalangan institusi kewangan perlu kreatif bagi membangunkan kaedah penyelesaian baharu dan inovatif untuk membiayai projek-projek mampan berikutan cabaran semasa yang dihadapi oleh perniagaan serta individu.
Ketika menegaskan perkara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ini penting kerana adalah tidak memadai bagi institusi kewangan untuk hanya memanfaatkan instrumen tradisional dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di Persidangan Utama Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) 2021 bertemakan 'Finance For Change' secara maya di sini, pada Rabu.
"Sebagai contoh, (pendekatan) gabungan pembiayaan adalah pilihan berdaya maju untuk perniagaan yang bergelut dengan impak perubahan iklim serta mengalami kerugian akibat pandemik ini.
"Tindakan menggabungkan pembiayaan konsesi dan komersial seperti gabungan dana sumbangan atau instrumen kewangan sosial dan pinjaman tradisional -- menggabungkan pendekatan kewangan dapat mengelak bebanan hutang yang boleh meningkatkan risiko masa depan," katanya.
Nor Shamsiah berkata sektor kewangan juga perlu lebih menumpukan dalam usaha membiayai inisiatif mampan serta insentif pelaburan bagi sektor berkarbon rendah.
Menurutnya, terdapat banyak peluang seperti projek-projek di bawah kerangka Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA); pelan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) untuk menjadikan negara ini sebagai hab ekonomi hijau, perkhidmatan dan teknologi serta Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.
"Institusi kewangan juga berpeluang besar untuk menyokong aspek pemulihan hijau susulan pandemik ini menerusi penyediaan pembiayaan peralihan yang berkaitan amalan mampan.
"Perubahan iklim tidak hanya sekadar isu saintifik. Ia merupakan isu perniagaan dan sosial yang tidak dapat dipisahkan daripada tanggung jawab asas insitusi kewangan menguruskan risiko secara berhemat, bertindak secara bertanggungjawab terhadap pelanggan selain mewujudkan nilai jangka panjang," katanya.
Nor Shamsiah berkata pembentukan JC3 pada 2019 oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama pihak industri yang berperanan sebagai tumpuan utama tindakan iklim secara kolektif dalam sektor kewangan serta merentasi pelbagai pihak berkepentingan.
Malah, sejajar dengan tindakan konsisten membabitkan isu-isu perubahan iklim, BNM akan memberi tumpuan dengan mengutamakan pengawalseliaan dan penyeliaan dalam masa terdekat untuk menggalakkan sistem kewangan yang berdaya tahan terhadap iklim, kata beliau.
"BNM dalam proses meninjau pelbagai pilihan untuk menggalakkan pendekatan pengurusan risiko lebih baik oleh institusi luar - termasuk melalui keperluan modal Tonggak 2 dan penilaian penyeliaan," katanya.
Nor Shamsiah berkata dengan membangunkan pelaksanaan taksonomi berteraskan prinsip dan usaha JC3 bagi menangani jurang data, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan BNM baru-baru ini telah menerima pelan empat tahun bagi persiapan ujian tekanan perubahan iklim peringkat industri di peringkat pihak terbabit.
"Ini turut disokong oleh usaha di peringkat BNM yang menggunakan model kesan makroekonomi membabitkan kejutan iklim mengikut takrifan senario iklim.
"Kita akan mengambil langkah-langkah konkrit selanjutnya untuk meningkatkan ketelusan terhadap pengurusan dan pendedahan risiko berkaitan iklim dalam sektor kewangan," katanya.
Sejajar usaha itu juga, katanya, BNM menerusi perbincangan dengan pihak industri kewangan, akan memuktamadkan rancangan mandatori pendedahan risiko iklim oleh institusi terbabit pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

NOR SHAMSIAH: BNM dalam proses meninjau pelbagai pilihan untuk menggalakkan pendekatan pengurusan risiko lebih baik oleh institusi luar - termasuk melalui keperluan modal Tonggak 2 dan penilaian penyeliaan.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Gabenor BNM: Dasar Monetari adalah langkah berjaga-jaga, bukan terburu-buru
Nor Shamsiah berkata, mandat BNM adalah untuk mengekalkan kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.

Pinjaman tahap 2 susut lima peratus pada suku pertama - Gabenor BNM
Pinjaman tahap 2 di Malaysia telah bertambah baik pada suku pertama 2023, menyusut kepada 5.0 peratus apabila lebih ramai peminjam berjaya beralih daripada program bantuan pembayaran balik.

Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Kontrak Gabenor BNM: 'Pengumuman rasmi akan dibuat' - Shamsiah
Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada 15 Jun 2018.

Kenaikan OPR: Mana lagi kejam kalau inflasi naik mendadak? - Gabenor BNM
Nor Shamsiah menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.

KDNK suku pertama 2023 berkembang sederhana pada 5.6%
Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, risiko terhadap prospek pertumbuhan Malaysia secara relatif adalah seimbang.

Kenaikan OPR: 'Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat' - Gabenor BNM
Nor Shamsiah berkata perbincangan mengenai keputusan kadar terletak pada kesan kenaikan kumulatif OPR yang lalu.

Gabenor BNM Nor Shamsiah 'kunci mulut' soal pelantikan semula
Beliau dilantik sebagai gabenor bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023.

Keputusan OPR berdasarkan persekitaran ekonomi domestik - Gabenor BNM
Sebarang keputusan mengenai kadar dasar semalaman (OPR) tidak semestinya selari dengan bank-bank pusat lain sebaliknya lebih tertumpu kepada persekitaran ekonomi domestik.

Inflasi tahun ini dijangka sederhana, tetapi kekal tinggi - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras tahun ini menjadi sederhana tetapi kekal tinggi.