awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IP Malaysia pulih 0.6 peratus pada September 2021, tanda prospek ekonomi lebih baik

Bernama
Bernama
25/11/2021
04:53 MYT
IP Malaysia pulih 0.6 peratus pada September 2021, tanda prospek ekonomi lebih baik
Mohd Uzir berkata pada September 2021, IP pulih berikutan kelonggaran aktiviti ekonomi seiring dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menjangkakan prospek ekonomi lebih baik dalam tempoh terdekat, apabila Indeks Pelopor (IP) pulih 0.6 peratus tahun ke tahun kepada 110.5 mata pada September 2021 berbanding 109.8 mata pada bulan sama 2020, selepas susut 2.3 peratus pada Ogos 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pada September 2021, IP pulih berikutan kelonggaran aktiviti ekonomi seiring dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Peningkatan IP disokong terutama oleh kenaikan dalam import benar semikonduktor yang dipacu oleh permintaan litar bersepadu elektronik yang menggalakkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata IP terus berkembang kepada 4.0 peratus berdasarkan perbandingan bulanan berbanding 1.1 peratus pada Ogos 2021, disokong secara signifikan oleh prestasi lebih baik dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain yang meningkat 1.6 peratus serta import benar semikonduktor (1.1 peratus).
Mengenai prestasi Indeks Serentak (IS), yang mencerminkan keadaan ekonomi semasa, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih baik dengan mencatatkan 0.3 peratus pada September 2021 daripada penurunan 1.6 peratus yang direkodkan pada Ogos 2021.
Pada masa yang sama, perubahan bulanan IS meningkat 3.9 peratus pada bulan tersebut disokong oleh kesemua komponen IS dengan positif terbesar daripada indeks kuantiti perdagangan runcit (1.5 peratus).
DOSM menjelaskan, dalam melangkah ke hadapan, pengumuman Bajet 2022 bercirikan pengembangan dengan tema 'Keluarga Malaysia Sejahtera' dijangka mengurangkan tekanan ekonomi dan memacu pertumbuhan ekonomi ke landasan yang betul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#indeks pelopor
#pemulihan ekonomi
#Mohd Uzir Mahidin
#Ketua Perangkawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan