awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPG bagi pekebun kecil tidak diaktifkan pada Oktober - LGM

Bernama
Bernama
01/11/2024
20:45 MYT
IPG bagi pekebun kecil tidak diaktifkan pada Oktober - LGM
LGM berkata mulai Januari 2024 IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang getah sekerap berada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.
LGM dalam kenyataan berkata mulai Januari 2024 IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang getah sekerap berada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Pengaktifan paras harga yang ditingkatkan adalah antara initiatif kerajaan menerusi pengumuman Belanjawan 2024.
Bagi IPG lateks, ia akan diaktifkan apabila IPG getah sekerap diaktifkan.
Kadar IPG susu getah ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).
IPG berkenaan akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Menurutnya, bagi Oktober 2024 purata harga getah sekerap bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masing-masing ditetapkan pada RM3.70, RM3.40, dan RM3.20 sekilogram.
Justeru, LGM berkata, tiada bayaran IPG dibayar pada bulan berkenaan.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#LGM
#Belanjawan 2025
#pekebun kecil
#harga purata bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan