awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat

IPOSC 2022 sebagai platform sangkal kempen fitnah terhadap komoditi Malaysia - Zuraida

Bernama
Bernama
08/09/2022
06:05 MYT
IPOSC 2022 sebagai platform sangkal kempen fitnah terhadap komoditi Malaysia - Zuraida
Zuraida berkata, IPOSC 2022 adalahi platform mengemas kini perkembangan yang relevan dan baharu dalam isu kemampanan dalam industri sawit kepada pihak berkepentingan.
KUALA LUMPUR: Persidangan Kelestarian Minyak Sawit Antarabangsa Ke-7 2022 (IPOSC 2022) yang bakal diadakan pada 13 September ini akan menjadi platform yang penting untuk Malaysia menyangkal kempen fitnah blok Barat terhadap komoditi emas negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata IPOSC 2022 bertujuan untuk menjadi platform mengemas kini perkembangan yang relevan dan baharu dalam isu kemampanan dalam industri sawit kepada pihak berkepentingan.
"Ia merupakan inisiatif dalam mengemaskini maklumat semasa industri minyak sawit Malaysia kepada pihak berkepentingan global sebagai maklum balas terhadap kebimbangan mereka dalam isu kemampanan.
"Ini termasuk isu-isu karbon sifar bersih dan usaha penyahkarbonan, pembiayaan hijau dan peluang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), serta perundangan antarabangsa berkaitan penebangan hutan yang akan memberi kesan kepada komoditi seperti minyak sawit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zuraida, industri minyak sawit Malaysia kini berada di barisan hadapan inisiatif kemampanan, yang merangkumi pensijilan kemampanan, pelaporan kemampanan dan tadbir urus ESG.
"Malaysia ingin terus meletakkan industri minyak sawitnya sebagai peneraju dalam kemampanan dan penglibatan ESG. Kajian telah menunjukkan minyak sawit lebih mesra alam berbanding dengan tanaman minyak lain," jelas beliau.
Persidangan yang diadakan setiap dua tahun sekali bertemakan "Mengalih Pematuhan Kemampanan kepada Pengawasan Kemampanan" juga merupakan sebahagian daripada usaha agresif Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui kempen "Gerakan Global untuk Memperjuangkan Kebaikan Minyak Sawit" bagi menangkis maklumat salah dan palsu mengenai minyak emas Malaysia.
"KPPK yakin persidangan ini akan melonjakkan status Malaysia sebagai pemimpin global dalam pengurusan mampan industri minyak sawit.
"Ini seterusnya dapat membantu menyangkal dakwaan tidak berasas dari Barat yang industri minyak sawit Malaysia bukan penyebab kerosakan ekologi," kata Zuraida.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak sawit
#IPOSC 2022
#Zuraida Kamaruddin
#komoditi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.