KUALA LUMPUR:Iris Corporation Bhd hari ini mengumumkan telah meraih kontrak membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu National (NIIS) untuk Jabatan Imigresen Malaysia kerajaan bernilai RM1.159 bilion.
Menerusi satu makluman di Bursa Malaysia, syarikat teknologi itu memaklumkan bahawa anak syarikatnya Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) telah menerima Surat Tawaran Projek (LOA) bertarikh 29 Januari 2021 daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membangun dan membekalkan sistem imigresen.
Tempoh kontrak tersebut ditetapkan selama 54 bulan bermula 1 Mac 2021 sehingga 31 Ogos 2025.
Makluman itu turut menyebut bahawa projek tersebut akan menyumbang kepada pendapatan Iris Corp sepanjang kontrak itu berlangsung.
Menurut laporan, syarikat itu pada tahun lepas menyatakan hasrat untuk memperkasakan kedudukannya dalam pengeluaran kad pengenalan diri pada peringkat global.
Pada 7 September lalu, Iris Corp menerima Surat Niat (LOI) daripada India Security Press untuk membangun sistem operasi bagi pengeluaran e-pasport India.
Syarikat tersebut juga terlibat dalam pengeluaran pasport biometrik pertama di dunia untuk Malaysia pada 1998.
Astro Awani
Fri Jan 29 2021

Syarikat teknologi itu memaklumkan bahawa anak syarikatnya Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) menerima Surat Tawaran Projek daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membangun sistem imigresen. - Foto BERNAMA

Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

COVID-19 | PKPD di 4 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu membabitkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu kawasan di Kelantan dan Pahang.

Imigresen gempur setinggan di Sandakan
Dalam operasi jam 1.10 pagi itu, seramai 680 warga asing diperiksa dan didapati 117 PATI melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Enam individu ditahan disyaki terbabit godam sistem MyIMMs Jabatan Imigresen
Penahanan keempat-empat pekerja syarikat pembekal tersebut telah membawa kepada penemuan beberapa komputer di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dilengkapi peranti serta perisian penggodaman.

KDN lancar Sistem Imigresen Bersepadu Nasional ganti myIMMs
Hamzah berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan yang khusus untuk membangunkan NIISe agar sistem keimigresenan negara kekal relevan.

21,338 warga asing miliki PLKS palsu diburu
Bekas pegawai Jabatan Imigresen antara yang bersekongkol dengan ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran PLKS palsu.

Gambar ahli kumpulan Geng Nicky diedar di pintu sempadan negara
Polis telah mengedarkan gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri.

Rakyat Korea Utara masih berada di Malaysia ialah peserta MM2H - KPN
Daily NK mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu.

Tiada kompromi pegawai sekongkol dalang Geng Nicky - KP Imigresen
Khairul Dzaimee berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada sebarang tangkapan dalam kalangan pegawai Imigresen berkaitan perkara ini.

COVID-19: Dua kematian, 238 kes baharu direkodkan di Sarawak
Dua kes kematian akibat COVID-19 hari ini dicatatkan di Hospital Sibu dan Hospital Binttulu.

426 kes baharu COVID-19 di Sarawak, tertinggi di negara ini
Kebanyakan kes positif yang dilaporkan hari ini adalah dikesan melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.

PATI diberkas ketika leka membeli-belah
Operasi dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan PATI mencari barang keperluan di pasar karat pada hujung minggu.