awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan: Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dalam tahap buruk

Bernama
Bernama
16/12/2025
11:11 MYT
Amaran hujan berterusan: Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dalam tahap buruk
Penduduk di kawasan rendah, berhampiran sungai dan pesisir pantai dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan. - Bernama
JOHOR BAHRU: Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dikategorikan dalam Tahap Buruk susulan amaran hujan berterusan sehingga lusa di negeri ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata keadaan itu berisiko menyebabkan banjir besar, banjir kilat, peningkatan mendadak paras sungai serta gangguan kepada jalan utama dan operasi lapangan.
"Penduduk di kawasan rendah, berhampiran sungai dan pesisir pantai dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Sementara itu, beliau memaklumkan Tahap Waspada melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, dengan hujan berterusan berpotensi mengakibatkan banjir setempat dan gangguan pergerakan harian.
Katanya sebagai langkah kesiapsiagaan awal, semua Pegawai Daerah di kawasan terlibat telah dimaklumkan secara langsung dan kini berada dalam keadaan siap siaga, manakala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah bersedia digerakkan pada bila-bila masa mengikut keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#ramalan cuaca
#hujan berterusan
#Johor
#banjir
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan