awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismee Ismail dilantik pengerusi baharu Media Prima

Bernama
Bernama
07/06/2017
10:10 MYT
Ismee Ismail dilantik pengerusi baharu Media Prima
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengesahkan Tan Sri Ismee Ismail (gambar) akan dilantik sebagai pengerusi baharu Media Prima Bhd.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengesahkan Tan Sri Ismee Ismail akan dilantik sebagai pengerusi baharu Media Prima Bhd.
Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas spekulasi mengenai perubahan yang akan berlaku dalam pucuk pimpinan Media Prima berikutan pelantikan Ismee baru-baru ini sebagai ahli lembaga bebas syarikat itu, kumpulan media terbesar di Malaysia.
Media Prima adalah sebuah kumpulan pelaburan media bersepadu terkemuka yang mempunyai kepentingan ekuiti di stesen televisyen, akhbar, stesen radio, penciptaan kandungan dan media digital.
Stesen televisyen di mana syarikat itu mempunyai kepentingan termasuk TV3, 8TV, ntv7 dan TV9.
Media Prima memiliki 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), yang menerbitkan the New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Media
#Media Prima
#menteri
#Salleh Said Keruak
#Tan Sri Ismee Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan