Skip to main content

Dunia

Arab Saudi keluarkan amaran bahaya sementara di Wilayah Jazan, barat daya negara itu

Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh Kumpulan Houthi yang menyasarkan negara itu dilaporkan semakin meningkat. - Foto SPA/BERNAMA
Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh Kumpulan Houthi yang menyasarkan negara itu dilaporkan semakin meningkat. - Foto SPA/BERNAMA

Ringkasan AI

  • Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran bahaya di Wilayah Jazan sebelum mengesahkan ancaman tersebut telah berakhir pada Sabtu.
  • Amaran dikeluarkan susulan peningkatan serangan peluru berpandu dan dron oleh Kumpulan Houthi yang menyasarkan Arab Saudi.
  • Ketegangan antara pasukan kerajaan Yaman dan Kumpulan Houthi memuncak semula selepas kegagalan gencatan senjata pada 2022.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran kemungkinan bahaya di Wilayah Jazan, barat daya negara itu, pada Sabtu sebelum memaklumkan bahawa ancaman berkenaan berakhir, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X, agensi pertahanan awam itu mengesahkan  amaran berkenaan dikeluarkan melalui Platform Amaran Awal Kebangsaan bagi memaklumkan penduduk mengenai kemungkinan bahaya.

"Bahaya telah berlalu," menurut agensi itu dalam notis susulan, sambil menggesa orang ramai supaya "mengelakkan diri daripada berkumpul dan merakam gambar atau video."

Advertisement

Amaran dikeluarkan ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh Kumpulan Houthi yang menyasarkan Arab Saudi dilaporkan semakin meningkat.

Yaman dilanda konflik sejak 2014, apabila Kumpulan Houthi menguasai ibu negara Sanaa dan beberapa kawasan lain di negara itu.

Advertisement

Arab Saudi mengetuai gabungan ketenteraan sejak Mac 2015 bagi menyokong Kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Ketegangan baharu antara pasukan kerajaan dan Kumpulan Houthi kembali memuncak pada Julai susulan kegagalan gencatan senjata yang dicapai pada 2022.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement