Berikut adalah Soalan-Soalan Lazim terbaru berkaitan isu undang-undang dan keinstitusian mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dipaparkan dalam laman web Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri pada Khamis.
Di bawah subtopik itu, penjelasan diberikan kepada enam soalan termasuk berkaitan pengecualian diberikan kepada semua Pihak TPP di bawah perjanjian itu.
1. Apakah pengecualian daripada Obligasi?
Terdapat satu bab mengenai Pengecualian yang Malaysia boleh mengecualikan dirinya daripada obligasi ditetapkan dalam Bab masing-masing di bawah TPPA.
Pengecualian boleh digunakan oleh Pihak berkaitan dengan jaminan perlu, percukaian, langkah-langkah imbangan pembayaran ke atas perdagangan barangan, dan pendedahan maklumat rahsia.
Pihak-Pihak juga diberikan hak untuk menafikan faedah-faedah mekanisme Penyelesaian Pertikaian Negara Pelabur (ISDS) bagi langkah-langkah kawalan tembakau yang dilaksanakan oleh mereka.
2. Bolehkah Malaysia Menarik Diri daripada TPP pada masa depan?
Ya, TPPA membenarkan Pihak-Pihak menarik diri daripada Perjanjian dengan syarat perlu memberikan notis penarikan diri secara bertulis kepada Depositori dan Pihak-Pihak lain. Penarikan diri itu akan berkuat kuasa enam bulan selepas Pihak-Pihak memberikan notis bertulis itu.
3. Bila TPPA akan dilaksanakan?
* TPPA akan ditandatangani oleh semua pihak pada tarikh yang akan diputuskan secara bersama.
*Perjanjian ini akan berkuat kuasa 60 hari selepas tarikh apabila semua penandatangan asal telah meratifikasi Perjanjian.
*Sekiranya tidak semua penandatangan asal meratifikasi Perjanjian dalam tempoh dua tahun Perjanjian, dengan itu Perjanjian akan berkuat kuasa 60 hari selepas luputnya tempoh itu jika sekurang-kurangnya enam penandatangan asal, yang secara bersama-sama menyumbang sekurang-kurangnya 85 peratus gabungan keluaran dalam negara kasar penandatangan asal pada 2013, telah meratifikasi perjanjian.
*Jika kedua-dua senario tersebut tidak berlaku, Perjanjian akan berkuat kuasa 60 hari selepas tarikh yang sekurang-kurangnya enam penandatangan asal, yang secara bersama-sama menyumbang sekurang-kurangnya 85 peratus gabungan keluaran dalam negara kasar penandatangan asal pada 2013, telah meratifikasi Perjanjian.
4. Adakah semua Obligasi Tertakluk kepada Penyelesaian Pertikaian?
Hampir semua obligasi ditetapkan dalam TPPA tertakluk kepada mekanisme penyelesaian pertikaian.
Bagaimanapun, beberapa Bab seperti Persaingan, Pengawalan Kepaduan, Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Pembangunan Kapasiti dan Daya Saing dan Pemudahcara Perniagaan diberikan bagi "carve-out' spesifik daripada permohonan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian itu.
5. Apakah Obligasi di bawah Bab Pencegahan Rasuah?
Ketetapan Pencegahan Rasuah memperuntukkan bahawa Pihak-Pihak akan berusaha membasmi sogokan dan rasuah dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
Pihak-Pihak, antara lain, diwajibkan untuk:
* memastikan undang-undang, peraturan, prosedur, keputusan pentadbiran bagi penggunaan am diterbitkan dengan kadar segera ataupun disediakan dalam cara yang membolehkan individu dan Pihak-Pihak yang berminat boleh mendapatkannya;
* mewujudkan atau mengekalkan tribunal atau prosedur kehakiman, kuasi-kehakiman atau pentadbiran bagi tujuan semakan dan pembetulan segera bagi tindakan-tindakan muktamad pentadbiran, serta hak turut diberikan kepada
Pihak-Pihak semasa prosiding seumpama itu; * sebarang kesalahan digariskan dalam Bab Pencegahan Rasuah perlu didakwa dan dihukum mengikut undang-undang domestik Pihak-Pihak, dan Pihak-Pihak perlu
meratifikasi dan mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pencegahan Rasuah (UNCAC) 2003;
* mesti tanpa gagal menguatkuasakan undang-undang dan langkah lain yang diterima pakai atau digunakan secara efektif bagi mematuhi obligasi seperti dinyatakan di bawah Seksyen C Bab ini.
6. Apakah Tahap Obligasi dalam Ketelusan?
Oleh kerana ketelusan merupakan elemen penting yang akan menarik perdagangan dan pelaburan, terdapat pelbagai peruntukan dalam TPP yang memerlukan Pihak TPP, dalam satu cara atau lain, menerbitkan atau memberi notis tentang langkah-langkah perdagangan bagi maklumat Pihak-Pihak TPP.
Langkah-langkah itu termasuk undang-undang, peraturan, prosedur, syarat atau amalan.
Terdapat juga pelbagai obligasi berhubung notis untuk memastikan dan menggalakkan tadbir urus baik dalam kalangan Pihak-Pihak TPP.
Bernama
Fri Nov 06 2015
Ketetapan Pencegahan Rasuah memperuntukkan bahawa Pihak-Pihak akan berusaha membasmi sogokan dan rasuah dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Isu undang-undang dan keinstitusian mengenai TPPA
Isu undang-undang dan keinstitusian mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dipap