awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara
Yuran platform e-dagang adalah proses kematangan ekosistem - MAMBA
Kerjasama ASEAN-China perkukuh keamanan, kemakmuran serantau - Kao Kim Hourn
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan kata hutang baharu kerajaan sekarang bertambah, tak betul' - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
25/08/2025
05:45 MYT
'Jangan kata hutang baharu kerajaan sekarang bertambah, tak betul'  - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 di Dewan Negara, di sini hari ini. - Sumber foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI komited mengurangkan defisit fiskal dan hutang baharu negara, meskipun isu itu sering dijadikan polemik politik.

Ringkasan AI
  • Defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6% kepada 4.8%, dan dijangka susut kepada 3.8% tahun hadapan, dengan sasaran 3% menjelang 2030.
  • Perdana Menteri menegaskan hutang baharu berkurang daripada RM100 bilion kepada RM70 bilion, manakala peningkatan hutang keseluruhan berpunca daripada komitmen warisan dan faedah pinjaman.
  • Kerajaan akan kawal jaminan pinjaman GLC, kurangkan perbelanjaan tidak mendesak dan laksanakan rasionalisasi subsidi secara bersasar untuk capai kestabilan kewangan negara.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara, Anwar berkata, defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6 peratus kepada 4.1 peratus, dan diunjurkan susut lagi kepada 3.8 peratus tahun hadapan.
Beliau berkata demikian susulan dakwaan hutang negara bertambah di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
“Sesetengah rakan-rakan saya sebelah sana dia kata hutang bertambah, tak benar, hutang baharu kerajaan itu kurang, saya dah baca banyak kali dah, iaitu hutang daripada RM100 bilion turun RM90 turun RM80 turun RM70 bilion itu yang kita lakukan.
“Tetapi hutang keseluruhan dengan bunga yang bukan kita pinjam yang kita warisi itu bertambah sehingga kita boleh turun lagi jumlah hutang baharu, baru dia berkembang, jadi janganlah kata kerajaan sekarang hutang baharu, tidak betul,” katanya.
PM Anwar berkata, sasaran lima tahun akan datang adalah menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus, mengekalkan paras hutang di bawah 60 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
Tambah beliau, kerajaan turut menyasarkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat kepada RM77,200 pada tahun 2030 dan dijangka melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi.
Dalam RMK13 di bawah rancangan Reformasi Pengurusan Projek dan Fiskal antara langkah strategik yang dilaksanakan kerajaan ialah meminimumkan perbelanjaan tidak mendesak bagi mencapai defisit fiskal di bawah tiga peratus menjelang 2030.
Selain itu, kerajaan turut bercadang mengawal jaminan pinjaman kepada syarikat milik kerajaan dengan lebih ketat dan melaksanakan rasionalisasi subsidi secara bersasar dan berperingkat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#negara berpendapatan tinggi
#KDNK
#Hutang negara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan