Skip to main content

Malaysia

Tabung Haji pantau konflik Iran, keselamatan jemaah jadi keutamaan

tabung haji
Lembaga Tabung Haji sedang memantau dan menilai perkembangan konflik semasa di Asia Barat.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji sedang memantau dan menilai perkembangan konflik semasa di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan, Tabung Haji memaklumkan pihaknya akan membuat pemakluman lanjut pada masa yang sesuai.

Advertisement

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Mohamad berkata, tindakan seterusnya oleh Tabung Haji akan dibuat berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Arab Saudi dan Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).

Tabung Haji menegaskan keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah keutamaan.

Must Watch Video